March 22nd, 2010

Agak terkejut jugak bila dalam konsert minggu pertama Akademi Fantasia 8 dah ada penyingkiran. Selalunya diorang akan bagi change untuk stay seminggu lagi. Sayangnya kali nie tak ada nak bagi muka dah. Akibatnya, Shah menjadi mangsa pertama dalam AF8 kali ini.

Terasa lain macam jugak AF kali nie sebab penyingkiran dibuat sehari lepas konsert. Diberi nama Debaran Akademi Fantasia, proses penyingkiran kali ini nampak kurang sengatnya sebab bagi kami peserta-peserta terlalu poyo.

Baru seminggu dan baru penyingkiran pertama dah nangis sampai keluar hingus. Nampak sangat berlakon tak hengat. Nasihat kami, rileks ajer lah. Tak perlu murah sangat air mata tue. Bukannya hidup korang dah berakhir pun kalau terkeluar dari AF. Tak gitu? Sumber gambar dari Murai.

P.S: Macam mana agak2 nya semua artis2 ni jaga badan, nak exercise malas, nak diet pun malas, Tips nie memang sangat sesuai untuk orang yang berbadan agak gempal macam Shah AF8 nie.


Comments are closed.

Loading...