Dasyat. Terkejut Abang Nara membaca keterangan diberikan oleh seorang saksi pertama yang terlibat dalam serbuan kes khalwat antara Shah Jaszle dan Farah di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi 16 Mei 2013 .. Perbicaraan kes ini telah berlangsung selama 2 jam pada hari Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.
Menurut saksi yang bernama Mohd Radzi Saliman, Shah Jaszle bukan sahaja memakai boxer malah mengakui Farah adalah kekasihnya ketika ditangkap. Kata Radzi menerusi portal GUA:-
Ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek membuka pintu bilik. Pada ketika itu, bilik dalam keadaan gelap. Apabila saya membuka lampu, didapati seorang individu sedang berbaring di atas katil dan individu tersebut sedang berselimut.
Saya mengarahkan individu tersebut untuk bangun dan saya dapat mengenalpasti bahawa dia adalah seorang lelaki. Pada waktu itu, dia hanya mengenakan seluar dalam jenis ‘boxer’ sahaja. Ketika ditanya mengenai pertalian mereka, lelaki itu menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya
Untuk makluman, Farah telah pun mengaku salah atas tuduhan khalwat dan didenda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Hanya Shah Jaszle sahaja yang terlibat dalam kes ini. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya.
P.S: Singa bunuh babun, dan apa yang dilakukan selepas itu amat mengejutkan