January 7th, 2012

Nampaknya sempena tahun baru 2012 ini, Shah Jaszle sudah mula membuat perubahan dalam hidupnya. Walaupun sudah hampir 5 tahun menggunakan nama Shah Jaszle, untuk tahun 2012 ini pemilik nama Mohd Shahrizal Jazle Jasmin mahu digelar Shahrizal sahaja.  Pengumuman pertukaran nama ini telah dilakukan di rancangan Selamat Pagi Malaysia baru-baru ini.

shah jaszle

Untuk makluman, sebutan nama Shah Jaszle yang sebenarnya ialah Shahz Jazel. Kemungkinan besar terlalu ramai yang menyebut Shahz Jaszli sehingga membuatkan Shahrizal keliru dan kecewa. Alang-alang baiklah tukar nama terus. Senang sikit orang nak menyebutnya. Kata Shahrizal_:-

Mereka (keluarga) berkata, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya kita akan lebih kuat auranya dan diakui saya dapat rasa perbezaan semangat selepas menukarkan kepada nama tersebut. Sejak menggunakan nama ini, kehidupan saya lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Semoga penggunaan nama Shahrizal dapat mengukuhkan lagi karier saya di masa akan datang nanti. Alhamdulillah peminat-peminat memberi respons yang baik. Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan keputusan ini walaupun saya telah menggunakan nama Shahz Jaszle sepanjang lima tahun dalam industri seni tempatan,

Semoga dengan pertukaran nama ini, tiada lagi kontroversi yang terpalit kepada Shahrizal. Jangan sekadar tukar nama sahaja. Tak gitu? Kredit berita Mstar.


87 responses to “Shah Jaszle Tukar Nama Kepada Shahrizal, Penat Je Abang Nara Belajar Menyebut Selama Ini”

  1. siti hajar says:

    nama saya siti hajar…sy bangge dengan name sy..x mcm org tu

  2. Reena says:

    Shahz Jazle ke..Shahrizal ker..kalau perangai sengal takde makne gak..

  3. shieda says:

    aku suke gile tajuk entri ni.. hahahahaa… abg nara sarkastik… hahahha…. :))

  4. bobo says:

    adus..takpelah..jgn tukar jantina sudah..

  5. yeehhaaa says:

    nama ko apa pon aku ttp tak suke..tak minat..sama la mcm geng2 bas sekolah ko..gambit saifullah…yoyo oooo jer

Loading...