Kalau dah lelaki kacak yang bernama Shah Jaszle (macam mana ntah nak sebut nama dia nie), memang sekejap sahaja dah jumpa pengganti untuk bekas kekasih. Rasanya semua tahu kisah cinta Shah Jaszle dengan Maria Farida telah berakhir. Kini Shah Jaszle mengaku sudah mempunyai kekasih hati baru yang baru berusia 24 tahun.
Dah 4 bulan saya berkawan dengan pelakon wanita ini dan kami agak selesa bersama. Cuma, saya tak berani nak beritahu namanya kepada umum kerana secara rasminya kami masih lagi belum benar-benar bercinta. Masih di fasa mengenali dan berkawan namun saya tahu dia juga mempunyai perasaan sama seperti saya.
Siapakah pelakon baru yang kini menjadi kekasih Shah Jaszle? Adakah anda kecewa kerana Shah Jaszle sudah berpunya? Adakah Neelofa kekasih baru Shah Jaszle? Adakah kekasih baru Shah Jaszle pernah berlakon bersama dengannya? Adakah ini cinta lokasi?
Banyak sungguh persoalan yang Abang Nara nak kemukakan kepada Shah Jaszle. Kalau dia tak dapat jawap pun, at least boleh bagi tips mengorat kepada lelaki-lelaki bujang di luar sana pun dah kira ok dah. Apa pendapat korang?