Shah Jaszle, Maria Farida Dan Neelofa, Siapa Yang Bercakap Benar?

Hiburan

Shah Jaszle, Maria Farida Dan Neelofa, Siapa Yang Bercakap Benar?

maria farida

Semalam di Pancaindera dan di Bipop semuanya cerita pasal Shah Jaszle, Maria Farida dan Neelofa. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Maria Farida dan Shah Jaszle dah tak ada apa-apa. Maria Farida dah single balik. Kalau nak ngorat dia silakan. Shah Jaszle single atau pun tidak sukar untuk ditentukan. Neelofa pulak kalau single Abang Nara dah chop untuk buat bini nombor dua nanti. Hehehe

Advertisement

Meh kita dengar apa Maria Farida cakap. Dari pembacaan Abang Nara, rasanya yang menjadi mangsa dalam kes cinta 3 segi ini ialah Maria Farida. Cian dia.

[note]Biarlah ‘dia’ bercakap apa yang dia nak cakap. Saya tak nak terlibat dengan dia lagi, jangan babitkan saya dengan dia. Kami memang sudah putus cinta dan semuanya sudah berakhir, saya tak mahu ada kaitan apa-apa dengan dia lagi. [/note]

Ok dari ayat di atas memang diorang berdua dah clash. Puncanya?

[note]Itu dakwaan yang tak betul. Saya putus cinta dengan dia bukan sebab cemburu buta. Awak nak tahu kenapa kami putus? Sebenarnya saya sudah meluat dengan perangai dia.[/note]

neelofa

Dan bila ditanya bab betulkah Neelofa cakap yang Maria Farida selalu telefon dia untuk bertanya pasal Shah Jaszle, ini jawapan dari Maria Farida.

[note]Alah, pada saya senang saja. Biasalah, budak baru nak naik. Cari kontroversi untuk popular. Kita kenalah faham.[/note]

Memang pedih jawapan dari Maria Farida. Tapi ada benarnya jugak. Shah Jaszle dan Neelofa kedua-duanya baru nak naik nama. Dengan ada kontroversi sebegini barulah dapat promosi free. Dan paling penting, filem Azura 2011 pun dapat free promo. Tak gitu?

shah jaszle

Dan ini pandangan Maria Farida tentang sikap Shah Jaszle. Adakah memang benar Shah Jaszle seorang playboy?

[note]Dulu saya tak percaya nasihat kawan-kawan agar jangan berkawan dengan dia. Kawan-kawan kata sebagai artis baru, sudah tentu dia nak gunakan saya, tapi saya tak dengar kata kawan-kawan. Akhirnya sekarang saya tahu juga, memang betul dia suka kontroversi. Setiap lokasi berlakon, mesti saya dengar cerita dia dengan heroin yang berlakon sekali dengan dia.[/note]

Dan sesungguhnya Maria Farida memang sudah berpatah arang dengan Shah Jaszle. Dia kecewa sebab selama ini dia tak pernah ada kontroversi tetapi disebabkan Shah Jaszle ini, namanya penuh dengan kontroversi murahan.

[note]Saya memang tidak suka dengan kontroversi. Saya seorang artis yang clean sebelum ini. Saya mahu kehidupan saya kembali normal. Tolonglah jangan kait nama saya lagi dengan dia selepas ini. [/note]

Kalau baca kenyataan Shah Jaszle dan Neelofa semalam di Pancaindera dan BiPop, nampak agak pelik sedikit. Abang Nara tak dapat nak copy paste kat sini sebab dah terlalu panjang pulak artikel ini nanti. Korang pepandailah baca. Abang Nara tak tahu siapa yang bercakap benar, tapi instict Abang Nara cukup kuat untuk menyokong Maria Farida.

Apa yang Abang Nara nak simpulkan ialah, janganlah cuba menjadi popular dengan mencipta kontroversi sebegini. Jadilah popular kerana anda memang berbakat dan menyerlah dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Kalau popular macam ini, peminat tak suka. Makin benci adalah. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...