March 24th, 2016

Baru-baru ini kami ada kongsikan beberapa foto Shah Jaszle dan anaknya. Pelbagai reaksi yang kami terima dan majoriti ingin tahu bila anak itu dilahirkan dan nama penuh beliau.

Menerusi portal Utusan Online, Shah memberitahu anak perempuannya itu dilahirkan sekitar bulan Januari lepas dan ia merupakan detik terindah buat beliau dan isteri Hanis Husna.

Jelas Shah, beliau kini lebih bahagia selepas bergelar bapa dan sedang belajar untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga kecilnya itu. Ini kerana Shah harus berusaha lebih keras untuk mencari rezeki selepas Hanis berhenti kerja.

Alhamdulillah, anak perempuan saya telah selamat dilahirkan Januari lepas. Nama dia, Alana Jasmeen Jaszle. Perasaan sekarang, pastinya terlalu gembira, tapi dalam masa yang sama saya perlu pandai memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Lagipun saya perlu cari duit lebih dan bekerja keras kerana isteri, Hanis sudah tidak lagi bekerja, jadi semuanya terletak di bahu saya.

Namun, Shah meluahkan rasa syukur kerana rezekinya lebih murah sekarang selepas anaknya itu dilahirkan. Malah, Hanis dan Alana sering ke set penggambaran untuk menemani Shah.

Hanis juga tidak melalui proses berpantang selepas bersalin dan berada di sisi suaminya ketika bekerja.

Tidak pun, selepas bersalin dia berehat sebentar dan sudah mula ikut saya ke set-set penggambaran. Lagipun Alana seorang anak yang baik, tidak banyak ragam. Jadi itu memudahkan kami untuk menjaga dia. Sekarang pun rezeki semakin bertambah biarpun sumbernya saya seorang, mungkin rezeki anak.

Tahniah buat Shah Jaszle dan isteri atas kehadiran cahaya mata yang cukup comel, erm kalau kongsi berita ini awal-awal kan bagus, tiadalah sebarang spekulasi yang timbul. Apa-apa pun, kami harap anda sekeluarga akan dikurniakan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...