June 18th, 2012

Walaupun mahu orang ramai memanggilnya dengan nama Shahrizal, Abang Nara tetap rasa nama Shah Jaszle lebih komersil dan sedap didengar. Sekian lama sepi daripada kontroversi, hari ini menerusi Twitternya, Shah Jaszle telah berkongsi sekeping gambar yang diambil menggunakan Instagram.

shah jaszle risik

Berdasarkan ayat-ayat di dalam gambar ini, tarikh 15 Julai yang dibulatkan akan menjadi hari Shah Jaszle masuk merisik kekasih hatinya. Beserta dengan gambar ini, Shah Jaszle telah pun me”mention” nama Redzwani Puteri. Untuk makluman, Abang Nara pernah menulis tentang Redzwani Puteri yang dikatakan kekasih baru Shah Jaszle selepas putus dengan Miera Liyana. Boleh baca entri tersebut di sini.

shah jaszle risik

Jika benar apa yang ditulis dan dikongsi oleh Shah Jaszle ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Umur kita pun bukannya semakin muda. Satu hari nanti, pasti akan mendirikan rumah tangga bersama orang yang tercinta. Lagi cepat lagilah bagus kan? Moga-moga segala perancangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri akan berjalan dengan lancar.


152 responses to “Shah Jaszle Bakal Risik Kekasih Hati 15 Julai Ini?”

  1. Minah tonggeng says:

    Ade duit ke sahrizal tu nak kawin . Berlakun pun suam suam kuku. Jgn nak kebas duit perempuan sudahlah ,p3 fikir dulu sebelum kawin artis .hidup meke berbeza dgn kita siang jadi malam malam jadi siang.perempuan keliling pinggang .peluk sana peluk sini, boleh tahan ke ko dpt suami macam tu . Cari yg soleh macam imam muda lagi baik. Dpt bimbing kita jln ke shurga.

  2. dhani says:

    FINALLY!!!!!Semoga dipermudahkan membina masjid..dlm2 gossip n bercinta cintun dgn artis meletop2 last2 wanita yg nmpk sederhana ni jd pilihan dia.bagusla…semoga berbahagia ke akhir hayat.rupa paras tak penting..yg penting hati kena ikhlas tima pasangan seadanya.

  3. uranus says:

    astagha. bawak2 laa bertaubat. sebelum mengata org, cermin diri tuh dulu. what goes around will come around. tunggu korang punya turn pulak. mesti ramai jugak yang akan mendoakan keruntuhan relationship korang.
    semoga kak pu3 & sharizal bverbahagia. =)

Loading...