Shah Iskandar Tidak Faham Kenapa Anzalna Perlu Masuk Campur, Akui SMS Yang Dihantar

Hiburan

Shah Iskandar Tidak Faham Kenapa Anzalna Perlu Masuk Campur, Akui SMS Yang Dihantar

Selepas Anzalna muncul di Melodi TV3 mendedahkan bukti-bukti SMS yang Shah ada memberikan mesej berunsur memikat atau ‘mengurat’ dalam bahasa pasarnya, Shah Iskandar dianggap seperti sengaja mengenakan Diana Nasir, memberitahu umum yang dia menganggap Diana sebagai kawan biasa walaupun sudah memberikan mesej-mesej berunsur memikat kepada wanita itu.

Semalam, melalui Media Hiburan, Shah Iskandar yang ketika itu berada di Cape Town untuk penggambaran Fear Factor 2 telah tampil memberi penjelasan berhubung SMS yang dihantarnya kepada Diana Nasir:-

Saya akui mesej-mesej yang dimaksudkan oleh Anzalna. Pada saya itu mesej-mesej manja di mana pada awal perkenalan saya dan kakaknya. Tapi, memasuki bulan keempat saya dapat rasakan perkenalan ini tidak boleh pergi lebih jauh.

Saya tidak cakap dia ‘bad person’ tapi sikap saya sendiri yang tidak boleh meneruskan perhubungan itu. Kiranya, antara kami memang tidak bercinta tapi baru mula nak berkenalan.

Dengan apa yang berlaku, saya tidak salahkan Diana. Dia seorang gadis yang baik. Saya nampak usahanya untuk membawa perkenalan kami kepada hubungan yang serius, tapi saya yang tidak boleh.

Cuma, saya tidak faham kenapa Anzalna perlu masuk campur. Ini antara saya dan Diana. Saya tahu niatnya mahu pertahankan kakaknya, tapi bukan begini caranya. Cara Anzalna tak betul.

Ditanyakan adakah dia sudah bertanyakan sendiri hal ini kepada Diana, jawab Shah:-

Lepas saya balik Malaysia, saya terus tanya dia kenapa perkara ini boleh jadi kecoh. Dia cakap, adiknya itu sekadar mahu ‘protect’nya. Saya cakap balik, cara adiknya itu seperti mahu kenakan saya.

Advertisement

Begitulah penjelasan Shah Iskandar tentang SMS yang dihantarnya. Pastinya salah faham dapat dielakkan sekiranya Shah memberitahu lebih awal yang dirinya pernah cuba ‘mengurat’ Diana namun berubah hati selepas beberapa bulan perkenalan.

Shah turut menegaskan dia tidak pernah keluar berdua dengan Diana dan berharap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...