April 8th, 2015

Kita lupakan sebentar isu tidak puas hati Sharnaaz Ahmad terhadap Shah Iskandar. Kisah percintaan Shah juga sudah lama tidak diperkatakan. Kali terakhir ialah ketika Anzalna menyatakan Shah telah memainkan perasaan kakaknya apabila menabur janji manis dalam berkasih sayang.


Terbaru, Shah mengakui sudah berpunya dan dalam proses untuk mengenali hati budi gadis tersebut. Lahir di Singapura, beliau telah memilih gadis yang berasal daripada Malaysia sebagai kekasih.

Sifat gadis tersebut yang memahami dirinya serta kerjaya, Shah mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum menganjak usia 35 tahun.

Kini saya sedang mengenali seseorang. Dia bukan berasal dari industri yang sama. Sudah beberapa bulan saya berkawan dengan dia. Dia berasal dari Malaysia.

Saya senang dengan gadis itu kerana sikapnya yang sangat memahami dan tahu membawa diri. Bercakap perihal kahwin pula, saya sendiri sedang dalam proses untuk mengenali hati budinya. Kalau boleh saya mahu sasarkan yang saya akan berkahwin sebelum umur 35 tahun.

Alhamdullillah, akhirnya ada juga gadis yang istimewa di hati Shah Iskandar. Eloklah kenal dahulu sikap masing-masing sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Jika sudah rasa selesa dan cukup mengenali diantara satu sama lain, lekaslah masuk meminang. Kata orang cinta selepas berkahwin lebih indah.

Sumber Berita: Murai


Comments are closed.

Loading...