Pelakon yang kini popular dengan drama Ryan Aralyn, Shah Iskandar,38, telah berkongsi berita gembira apabila isterinya Siti Sarah Mohd Noor telah selamat melahirkan bayi pertama mereka pada pukul 2.02 petang pada 10 Oktober lalu.
Shah telah mengumumkan berita tersebut menerusi ruangan Instagramnya dan meluahkan rasa kesyukuran kerana proses melahirkan itu telah berjalan lancar.
Menurutnya lagi, bayi berjantina lelaki itu telah dilahirkan di Hospital Umra, Shah Alam dengan berat hampir 3.66 kilogram. Di ruangan instagram pasangan ini turut mendedahkan wajah serta nama diberi kepada cahaya mata kesayangan mereka iaitu Yusuf Zulkarnaen Bin Shah Iskandar.
Dalam pada itu, pelakon itu turut mengumumkan akan berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk memberi perhatian kepada isteri dan anaknya yang baru dilahirkan.
“Isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pertama kami pada pukul 2.02 petang, 10 Oktober 2020, Sabtu lalu di Hospital Umra, Shah Alam. Alhamdullilah, proses kelahiran berjalan dengan lancar tambahan pula semua petugas di hospital itu menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan. Saya ambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk berikaan perhatian kepada isteri dan anak saya,”
Shah turut dilihat mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan juga meluahkan rasa sayang kepada isteri tercinta di atas pengorbanan melahirkan bayi pertama mereka dalam entri berkenaan.
Mengimbas kembali, Shah Iskandar dan isteri, Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2016 yang lalu di The Ballroom At East Coast, Singapura.