Shah Iskandar Alu-Alukan Penaja Bagi Majlis Perkahwinannya

Hiburan

Shah Iskandar Alu-Alukan Penaja Bagi Majlis Perkahwinannya

Bakal berkahwin tidak lama lagi bersama kekasih hati Siti Sarah Mohd Noor, Shah Iskandar mengalu-alukan jika ada penaja yang berminat untuk menaja perkahwinan beliau nanti.

Walaubagaimanapun, tidak bermakna beliau begitu terdesak untuk mencari penaja kerana masih mampu untuk menguruskan segala hal berkaitan majlis perkahwinannya menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri.

Advertisement

Kalau boleh saya nak uruskan majlis perkahwinan saya ini dengan duit titik peluh sendiri terutama sekali dalam penyediaan katering. Tetapi sekiranya ada pihak yang berminat nak menaja, saya alu-alaukan dan lahirkan rasa syukur, kata orang rezeki jangan ditolak.

Paling penting majlis pernikahan dan resepsi nanti akan berjalan dengan lancar, Insya-Allah. Alhamdulilah, persediaan dari segi mental dan fizikal itu penting sebelum mengubah status kita daripada bujang kepada suami orang.

Belum menetapkan sebarang tarikh untuk berkahwin, Shah memberitahu beliau sudah bersedia 100 peratus untuk menjadi seorang suami.

Alhamdulilah, persediaan dari segi mental dan fizikal itu penting sebelum mengubah status kita daripada bujang kepada suami orang. Jadi ini semua doa semua pihak terutama peminat saya yang tidak henti-henti memberikan sokongan.

Kalau ada pihak yang ingin menaja perkahwinan Shah Iskandar apa salahnya bukan, kalau ada rezeki lah. Apa-apapun semoga segala persiapan berjalan dengan lancar dan harap Shah akan dapat tarikh yang sesuai untuk bernikah.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...