“Shafiq Orang Yang Tak Tahu Salah, Tak Tahu Diri Tu Suka Meratip!” – Banglo Hulu Langat Dah Kosong, Shila Amzah Anggap Isu Keluarga Selesai

Hiburan

“Shafiq Orang Yang Tak Tahu Salah, Tak Tahu Diri Tu Suka Meratip!” – Banglo Hulu Langat Dah Kosong, Shila Amzah Anggap Isu Keluarga Selesai

Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan melalui live baru-baru ini, bahawa rumah banglo yang terletak di Hulu Langat, Selangor telah pun dikosongkan oleh ahli keluarganya yang sebelum ini menetap di situ.

Susulan itu, Shila beranggapan isu yang berlaku antara dirinya serta keluarga telah pun selesai.

Advertisement

Saya anggap dah selesai.. Daripada segi keluarga, otak saya sudah selesai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu enggan melayan karenah adiknya, Shafiq Amzah kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja.

Bahkan, turut menjelaskan bahawa Shafiq seseorang yang tidak akan mengaku bersalah dan akan semakin ‘menjadi-jadi’ jika dilayan.

Dia orang yang tak tahu salah.. Tak tahu diri ini memang suka meratip.

Sekadar info, kemelut keluarga Shila Amzah mula mendapat perhatian netizen apabila adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa dihalau dari rumah banglo yang diduduki susulan Shila bakal menjual rumah berkenaan.

shafiq amzah
10 months ago

"Palatau! Jangan Bongkak Sangat Kat Dunia Ni Wahai Shila Amzah" - Shafiq Amzah Beri Pesanan 'Pedas' Pada Kakak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...