Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan melalui live baru-baru ini, bahawa rumah banglo yang terletak di Hulu Langat, Selangor telah pun dikosongkan oleh ahli keluarganya yang sebelum ini menetap di situ.
Susulan itu, Shila beranggapan isu yang berlaku antara dirinya serta keluarga telah pun selesai.
Saya anggap dah selesai.. Daripada segi keluarga, otak saya sudah selesai.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu enggan melayan karenah adiknya, Shafiq Amzah kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja.
Bahkan, turut menjelaskan bahawa Shafiq seseorang yang tidak akan mengaku bersalah dan akan semakin ‘menjadi-jadi’ jika dilayan.
Dia orang yang tak tahu salah.. Tak tahu diri ini memang suka meratip.
Sekadar info, kemelut keluarga Shila Amzah mula mendapat perhatian netizen apabila adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa dihalau dari rumah banglo yang diduduki susulan Shila bakal menjual rumah berkenaan.