Kenali Shafieqa, Barbie Doll Dari Kelantan

Kehidupan

Kenali Shafieqa, Barbie Doll Dari Kelantan

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 2 orang anak, ini tidak menghalang seorang ibu dari negeri cik Siti Wan Kembang mentransformasikan dirinya kepada watak anime kegemarannya.

Shafieqa Mohd Asri, 26, telah memilih watak Barbie dengan raut wajahnya seakan-akan patung terkenal itu.

Advertisement

Beliau amat dikenali dengan menggunakan nama ‘Fykaaschaa Kaka’ kerana sangat gemar menggunakan mekap dengan cara yang luar biasa dan ala ‘Barbie‘ bagi mengatasi masalah rendah diri dan malu.

mekap ala barbie

Mula terlibat sejak 2016

Menurut Shafieqa, beliau sudah membuat mekap gaya ini di laman sosialnya sejak 2016 dengan mekap biasa untuk pengantin ala Bollywood.
pengantin ala Bollywood

Tema mekap Barbie Doll

Saya suka cuba benda baru, saya cuba mekap tema Barbie Doll, mumia, vampire dan ‘Naagin’ yang akhirnya mendapat perhatian penonton di laman sosial.
Cuma seperti biasa, ada yang kecam tapi ada juga yang memberikan pujian.

watak filem naagin

1 Jam masa diperlukan

Bagi mekap unik itu dia memerlukan masa antara satu jam hingga satu setengah jam untuk mekap dan mendandan mengikut watak yang dipilih.
animasi Jepun

Katanya, biasanya watak yang dipilih adalah daripada watak animasi Jepun atau watak popular kanak-kanak dengan kebanyakan pakaian dan aksesori dibeli daripada negara China, Thailand dan Korea.
RM3,000 kos habis

RM30,000 kos koleksi rambut dan maskot

Setakat ni saya anggarkan dah berhabis lebih RM30,000 termasuk koleksi rambut palsu lebih 30 jenis, maskot, pakaian ‘cosplay’, aksesori dan alatan mekap.

Beliau berkata, dengan hobi yang unik ini, dia juga ditawarkan menjadi model untuk penggambaran jurugambar untuk pertandingan dalam dan luar Kelantan.

Selain itu, wanita ini turut bertuah apabila hobi uniknya mendapat sokongan penuh suami tercinta, Mohd Sharifuddin Ab Halim Sivanesan, 36, yang pernah bergelar model tempatan.

Biasanya jika penggambaran memerlukan aksi berpasangan dan berpegangan, suami akan turut serta dan untuk setiap watak yang diberikan saya akan membuat kajian terlebih dahulu sekurang-kurangnya sehari sebelum penggambaran.

Selain menjadi model sambilan, Shafieka turut menjalankan perniagaan sewa maskot, kanta lekap dan melatih model-model sambilan yang baru.

Jika anda semua ingin mengetahui lebih lanjut tentang Shafieka, boleh lawati Facebook dan Instagram beliau.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...