April 23rd, 2012

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengeluarkan kenyataan menerusi The Star dan Twitternya menafikan kontroversi yang melibatkan namanya baru-baru ini. Untuk makluman, Datuk Seri Shafie Apdal dikaitkan dengan pemberian sejumlah wang yang besar kepada pelakon Zahida Rafik.

shafie apdal

Berikut ialah petikan kata-kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada The Star:-

Saya mengikuti setiap berita paparan di media dan blog yang mengaitkan nama saya kepada laporan polis seperti yang dilaporkan oleh individu bernama Noor Azman Azemi bertarikh 13 Mac 2012. Laporan itu mendakwa bahawa dia pernah bekerja sebagai pemandu, selain itu dia turut menyatakan bahawa saya pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada artis bernama Zahida Mohamed Rafik. Di sini saya ingin menegaskan bahawa apa yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut adalah tidak benar, dan individu yang terbabit menyebarkan salinan laporan polis itu mempunyai niat tidak baik. Saya bersedia untuk mengambil segala tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menfitnah dan mengaitkan saya dengan isu ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengeluarkan salinan surat untuk siaran akhbar di Twitter miliknya.

shafie apdal

Semoga keadilan akan dapat ditegakkan dan mereka yang terlibat di dalam isu dapat dibawa ke muka pengadilan.


244 responses to “Shafie Apdal Nafi Berikan Wang Kepada Zahida Rafik”

  1. selamat tinggal romeo.. says:

    patutlah mantan PM tun mahadir cakap ramai golongan berilmu dan profasional tinggalkan BN…la ni tinggal yang kurang cerdik je dalam tu.betui ka?nampak cam betoi….

  2. sia-siaku menyintaimu.... says:

    ni lah sistem kat msia ni.kes anwar ibrahim ngan cina doll walaupun tak tau sahih ke tak..7 hari 7 malam kuar berita kat tb.tapi isu menteri UMNO ni tunggu 7 hari 7 malam memang takan kuar la berita ni…well kita ade intenet.lagi cepat dari tb.kakhkahkah!!!

  3. zahida rafik jgnkn lrt killer whale pun bole buat u-turn says:

    takut abg bedal dgn bini tua yer…. hbsla bn kali ni jgnkn 5 negeri ..jgn2 hbs semua negeri dpt ke pembangkang dibuat dek menteri2 miang bernafsu rakus… rakus ‘buah2an dgn rakus rasuah…

  4. DIAM DIAM JE..... says:

    NTAH APE2 JE COMMENT TU SMUA….JD LAH ORG2 YG PROFESSIONAL & BERILMU…..DIAM….JGN MENUDUH BNDA YG BLUM PASTI…

  5. berhenti says:

    We are counted for what we write and say guys.. Abg Nara, mintak maaf tapi medium komen2 ni dah jadi mcm medium fitnah.. Sedih dgn manusia zmn skrg..
    (T_T)

Loading...