April 23rd, 2012

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengeluarkan kenyataan menerusi The Star dan Twitternya menafikan kontroversi yang melibatkan namanya baru-baru ini. Untuk makluman, Datuk Seri Shafie Apdal dikaitkan dengan pemberian sejumlah wang yang besar kepada pelakon Zahida Rafik.

shafie apdal

Berikut ialah petikan kata-kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada The Star:-

Saya mengikuti setiap berita paparan di media dan blog yang mengaitkan nama saya kepada laporan polis seperti yang dilaporkan oleh individu bernama Noor Azman Azemi bertarikh 13 Mac 2012. Laporan itu mendakwa bahawa dia pernah bekerja sebagai pemandu, selain itu dia turut menyatakan bahawa saya pernah memberikan sejumlah wang yang besar kepada artis bernama Zahida Mohamed Rafik. Di sini saya ingin menegaskan bahawa apa yang dinyatakan dalam laporan polis tersebut adalah tidak benar, dan individu yang terbabit menyebarkan salinan laporan polis itu mempunyai niat tidak baik. Saya bersedia untuk mengambil segala tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menfitnah dan mengaitkan saya dengan isu ini.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengeluarkan salinan surat untuk siaran akhbar di Twitter miliknya.

shafie apdal

Semoga keadilan akan dapat ditegakkan dan mereka yang terlibat di dalam isu dapat dibawa ke muka pengadilan.

244 responses to “Shafie Apdal Nafi Berikan Wang Kepada Zahida Rafik”

  1. Bekas mak andam says:

    dato’ nak berhutang boleh tak? nak buat modal bagi bisneskecil-kecilan saje,nak jual sayur,jangan risau kita takkan digosipkan sebab kita tak secantik dan sefamous zahida Rafiq..Opsss sorry terkeluar pulak..harap permintaan saya dapat tuan pertimbangkan…pecah kaca pecah gelas,kalau baca harap balas…weeeiuuu

  2. amah tua says:

    aleh ……tak caya, dulu gua pun di fitnah juga,
    hebooh….satu donia

  3. akukeliru says:

    cop! cop! cop! pemandu SIAPA yg buat citer ni sebenanyer??ker aku yg lems sgt nak paham…dalam entry abg Nara yang sebelum ni, Zahida cakap driver dia yang curi duit dia yang buat cerita ni kan????pastu ni si Menteri ni pulak cakap driver dia yang buat cerita palsu ni….aku keliru…sape2 yg paham kes dorg ni boleh tlg cerita sikit x kronologi kes ni dkt aku???DRIVER zahida dan menteri tersebut ialah org yang sama ke????sesuatu berbau sotong kering…….=)

  4. ahkakkk luv says:

    aku pnh bace dlm majalah mangga yg lama dlu, law xsilap yg si zahida rapik ni ade gtaw kt mjlh tu yg dia ade perniagaan bekalkan sayur untuk pasaraya Giant gitew..yg herannya,jual sayur ni mmg bole jd kayaraya ek? bg aku mmg la akn kaya,tp xkn la kaya smpai kete 3/4bijik,pastu lak rege kete bknnya murah tp 1/2juta sbijik…tu xmasuk gan pakaian brjenama,kasut,beg,plastik surgery,umah juta2, bla bla bla…. dahsyat2! zahida rapik sila tunjuk bukti ye sygggggg…