Sewa Tertunggak Lebih RM15K, MBS Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR – “Sewa Murah Pun Tak Boleh Bayar”

Kehidupan

Sewa Tertunggak Lebih RM15K, MBS Cabut Pintu Rumah Penyewa PPR – “Sewa Murah Pun Tak Boleh Bayar”

Baru-baru ini, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menanggalkan pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam satu operasi.

Tak bayar sewa lebih RM15000

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali memaklumkan tindakan tersebut diambil buat penyewa yang mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM15000 ke atas.

Advertisement

Untuk makluman, operasi ini dilakukan secara berhemah tanpa membabitkan sebarang insiden dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

@mbseremban Operasi Tunggakan Sewa PPR Paroi pada 12 Disember 2024 #MajlisBandarayaSeremban #mbseremban #MampanBersihSejahtera #SayangiMBS #MalaysiaMadani ♬ bunyi asal – Majlis Bandaraya Seremban

Video memaparkan situasi tersebut telah dimuat naik di TikTok MBS, di mana pihak mereka menasihati dan juga menyatakan sebab disebalik mencabut pintu rumah penyewa itu.

‘Sewa murah pun tak boleh bayar ke?’

Malah difahamkan, ada penyewa yang mempunyai tunggakan sewa sebanyak RM20,000.

Bagaimanapun, MBS masih membenarkan penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa untuk tinggal di rumah berkenaan buat sementara waktu.

Susulan itu, netizen meluahkan rasa pelik terhadap penyewa-penyewa PPR yang tidak mampu membayar sewa rumah berkenaan, sedangkan mereka mendakwa sewa rumah tidak melebih RM200.

komen

komen

komen

4 weeks ago

Sistem Kad Akses Akan Dilaksana Di Flat PPR Tahun Hadapan Untuk Tangani Perangai Penghuni Liat Nak Bayar ‘Maintenance’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...