Sewa Rumah Hanya Ambil Masa 9 Jam, Instahome Pecah Rekod

Teknologi

Sewa Rumah Hanya Ambil Masa 9 Jam, Instahome Pecah Rekod

Platform sewaan rumah digital terkemuka, Instahome telah memecah rekod dengan menutup transaksi sewaan dalam masa 9 jam.

Melalui penggunaan lawatan maya 3D dan bukannya melihat rumah secara fizikal, penyewa telah berubah tingkah laku kepada pengalaman sewaan secara digital berbentuk hujung-ke-hujung (E2E) sepenuhnya.

Advertisement

COVID-19 telah mempercepatkan peralihan tingkah laku pengguna dari proses tradisional luar talian kepada pengalaman yang lebih mendalam secara digital dalam talian di seluruh industri.

Instahome ditubuhkan pada bulan September 2020 oleh usahawan internet yang prolifik, Patrick Grove dan Eric Tan.

Instahome  membantu meningkatkan pengalaman sewa rumah secara dramatik untuk penyewa, ejen dan pemilik

Instahome memperkenalkan berikut: (i) Lawatan maya 3D, gambar HD dan video setiap unit rumah, (ii) menyewa secara dalam talian tanpa memerlukan kertas kerja, (iii) membayar sewa pada tepat masa untuk menebus ganjaran, dan (iv) mencari dan mengaturkan perkhidmatan penyelenggaraan di pasaran dalam talian.

Dengan pengumuman MCO baru-baru ini, adalah penting untuk menyediakan kaedah sewaan alternatif yang selamat untuk penyewa rumah. Penyewa, Navina Kurup berkongsi pengalamannya dengan Instahome, “Saya akan mengesyorkan Instahome kepada sesiapa sahaja. Ia sangat pantas, selamat dan mudah. Saya melihat lawatan maya rumah, menempah, disaring oleh Instahome, menandatangani perjanjian sewaan secara digital dan membayar dalam talian kesemuanya dalam masa 9 jam!”

Kini, Instahome memperoleh lebih daripada 1,600 senarai rumah di Lembah Klang

Dengan pilihan di kawasan utama seperti Bandar KL, Petaling Jaya, Bangsar South, Subang Jaya dan Damansara, yang telah dimuat naik oleh 350 orang ejen rakan kongsi mereka di platform mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Instahome, Eric Tan, kualiti senarai rumah di platform mereka telah menjadi pemacu pertumbuhan utama.

“Dengan senarai rumah berkualiti tinggi kami bersama lawatan maya 3D, kami telah membenarkan pengguna menyewa rumah tanpa melihat secara fizikal. 30% daripada rumah yang telah kami sewa di Instahome adalah diselesaikan sepenuhnya tanpa melihat secara fizikal. Leads yang dikemukakan dalam platform kami juga lebih berkualiti.”

Pelabur dan pengasas bersama Instahome, Patrick Grove,  menghubungkan pengalaman platform sewaan rumah tradisional  kepada pengalaman sewaan digital di Instahome, “Selama bertahun-tahun saya bekerja dengan portal harta tanah di 50 negara, ini adalah transaksi sewa terpantas yang pernah saya lihat. Kami telah membina pengalaman yang benar-benar 10 kali ganda lebih baik, lebih pantas dan lebih selamat untuk pelanggan kami dan kami sangat menghargai kepercayaan yang diberi pengguna terhadap kami.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Instahome atau ikuti mereka di Facebook, Twitter dan Instagram sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...