Kecoh di media sosial X apabila salah seorang peserta Hero Dewi Remaja 2023, Nina Smith dilihat memberi satu kenyataan sekaligus mengundang pelbagai respon daripada netizen.
Nina yang juga pelakon baru difahamkan ada mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi
“I mix mat salleh tapi I admit that muka I macam melayu sikit and has been an insecurity…” ???
Tapi heshe muka melayu melayu & kenapa heshe insecure dono what for? ? pic.twitter.com/lSKCRwFSrI
— nayanika (@amirridzuan) September 17, 2023
I mix mat salleh, tapi I admit muka I macam Melayu sikit dan ia membuatkan saya ‘insecure’ sebenarnya. Semakin saya membesar, saya lebih menghargai rupa wajah saya yang berada di ‘tengah-tengah. Saya tidak berwajah mat salleh sangat dan saya bukan melayu juga.
Ia sekaligus mengundang kecaman warga maya yang beranggapan Nina seolah-olah malu dilahirkan dengan rupa paras Melayu.
Maklum mengenai video yang tular itu, pelakon drama Jesnita itu tampil memberi penjelasan dalam video TikToknya.
Ujarnya, gara-gara nama Smith dan wajahnya yang lebih kemelayuan itu, dia sering ditanya soalan mengenai asal-usul semenjak dari alam persekolahan.
@notninasmith Replying to @corona im never insecure of how i look. infact maybe you’d be insecure if you see me in real life ??
Kata Nina, mungkin penggunaan ayat ‘insecure’ itu tidak tepat bagi menggambarkan situasi dan dia turut memohon maaf kepada mereka yang terasa hati atau tersinggung dengan kenyataannya itu.
Nina atau nama sebenarnya Amalina Smith,24, mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika Syarikat. Dia kini tinggal bersama ibu setelah orang tuanya itu bercerai dan bapanya kini menetap di AS.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.