Setiap hari ada sahaja pendedahan mengejutkan dan kali ini, kisah dikongsikan oleh seorang wanita yang tidak mahu dikenali tentang bekas kekasihnya membuatkan ramai terkelu.
Menerusi Twitter, individu tersebut mendedahkan bahawa bekas teman lelakinya itu pernah kantoi curang dan wanita itu merupakan ibunya sendiri.
Katanya, tidak hairanlah ketika mereka masih menjalinkan hubungan si ibu itu seperti terlalu melindungi dan kuat cemburu dengannya.
My ex dah 30 tahun dah. Tapi seumur hidup dia memang berzina dengan mak sendiri. Tak pasti adik beradik lain tahu tapi harap dorang berhentilah. Geli sangat masa kantoi dulu.”
— keeper of Malaysian secrets ? (@twtsecretsmy) August 21, 2023
Tambahnya, dia tidak pasti jika seorang lagi bekas teman wanita lelaki berkenaan tahu tentang rahsia dan skandal menjijikkan itu.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian itu terkejut dan berasa jijik dengan apa yang dilakukan oleh dua beranak berkenaan.
Ada yang berkongsi tentang kisah lebih kurang sama (hubungan terlarang antara ahli keluarga) dan ada yang mencadangkan agar individu yang membuat pendedahan ini melaporkan kepada pejabat agama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.