Pelawak Shuk Sahar tampil memberi respon susulan pendedahan isterinya mengenai rumah tangga di aplikasi Thread tempoh hari.
Maklum Shuk, seumur hidupnya dia tidak pernah bercakap atau bercerita mengenai mana-mana individu.
Berikutan itu, dia meminta orang ramai untuk menggunakan akal fikiran sebelum menghakiminya.
Seumur hidup aku tak pernah bercerita buruk tentang orang. Harap orang boleh akal dan fikiran untuk menilai.
Dia berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran Instagram Story.
Terdahulu, isteri Shuk, Fara Salleh menulis bahawa dia menyesal bernikah dengan pelawak itu selain memaklumkan Shuk sahar lebih mempercayai kawan-kawan berbanding isteri sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.