“Setuju Cukai GST Yang Dilaksanakan Ketika Ini Adalah Haram” – Mufti

Trending

“Setuju Cukai GST Yang Dilaksanakan Ketika Ini Adalah Haram” – Mufti

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan kini menimbulkan pelbagai masalah dan menambah beban kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

Advertisement

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan telah menyokong yang perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan ini adalah Haram.

Ini kerana menurut beliau sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya.

Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau mencadangkan agar pelaksanaan GST dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil di mana cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.

“Kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya.

Beliau turut menyokong yang perlaksanakan GST ini hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.

“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.

“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.

Semalam, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...