Setuju Atau Tak, Penjenayah Diberi Peluang Kedua?

Kehidupan

Setuju Atau Tak, Penjenayah Diberi Peluang Kedua?

Adakah bekas banduan perlu diberi peluang kedua dan tidak disisih bagi mengelakkan golongan itu kembali terjerumus kegiatan negatif selepas tamat menjalani hukuman?

Bukankah kita semua dahulunya kerap terdorong melakukan kesilapan. Perkara ini tidak asing lagi untuk semua peringkat umur tidak kira golongan muda, bahkan golongan dewasa juga kerap melakukan kesalahan pada masa silam mereka.

Hari ini kita akan membincangkan tentang adakah bekas penjenayah berhak mendapat peluang kedua atau tidak bagi mereka meneruskan kehidupan yang lebih baik seumur hidup.

Advertisement

Dimana, semalam kami telah mengajukan soalan ini kepada para pembaca kami, adakah mereka akan beri peluang kedua kepada bekas penjenayah untuk membina hidup baru selepas keluar dari penjara.

Rata-rata pembaca kami ada yang bersetuju dan tidak bersetuju untuk memberikan mereka peluang kedua. Jadi mari kami kongsikan pendapat-pendapat dari mereka.

Lihat jenayah apa yang dilakukan

Kita perlu melihat jenayah yang telah mereka lakukan terlebih dahulu. Jika mereka lakukan jenayah mencuri kerana lapar yang teramat dan membunuh untuk mempertahankan diri sendiri adalah wajar untuk diberikan peluang kedua.

Lelaki Pedophilia
Tetapi tidak untuk jenayah yang berat seperti merogol anak kandung, pedophilia, membunuh kerana dendam, meragut sehingga membunuh atau mencuri untuk membeli dadah hingga menyusahkan orang lain.

Golongan ini selayaknya dipenjarakan seumur hidup.

dipenjara seumur hidup

Seperti yang kita lihat baru-baru ini kes buli sehingga menyebabkan kematian. Belia adalah golongan muda yang sering kali melakukan sesuatu mengikut perasaan dan dipengaruhi diri mereka oleh rakan sebaya.

Oleh kerana itu, mereka diberi peluang untuk membela diri untuk kes ini. Tetapi semasa diberi peluang untuk membela diri, hakim akan menilai mengapa mereka perlu diberi peluang.

Tetapi ada juga segelintir orang yang sudah diberi peluang membela diri, tetapi ego mereka tinggi melangit dan bersikap sombong. Bagi sesetengah orang pula, jika mereka diberi peluang ini, mereka akan insaf dengan perbuatan mereka.

Bergantung kepada diri penjenayah itu sendiri

Kelayakan untuk mendapat peluang kedua bergantung kepada diri si bekas penjenayah itu sendiri. Dimana, mereka sendiri perlu mempunyai inisiatif untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk diberi peluang kedua berdasarkan kepada perubahan dan kesedaran diri terhadap kesilapan masa lalu.

kesalahan diri penjenayah
Andai dirinya sudah insaf serta berubah lebih baik, apa salahnya jika kita semua memberi peluang kepada mereka untuk kembali bersama dalam hidup bermasyarakat.

Andai kata mereka tetap melakukan kesalahan sama dan asyik keluar dan masuk penjara dan masih tidak berubah. Tidak guna juga kita semua beri peluang kedua, ketiga dan keempat sekalipun kepada mereka.

Peluang kedua untuk mereka untuk berubah

Menurut satu kisah yang telah dikongsikan oleh pembaca:

Seseorang yang saya kenal sejak lahir, membesar sama-sama dan belajar erti kehidupan sama-sama pernah buat satu kesilapan yang akhirnya memusnahkan masa depannya. Di saat orang lain memandang serong dan negatif, dia cuba untuk bangkit semula selepas keluar dari penjara.

Kami beri dia peluang kedua. Kami jadi saksi betapa banyaknya liku-liku yang perlu dihadapi untuk dia berubah. Tetapi, kawan-kawan lama cuba mencari dia semula dan menghasut untuk dia kembali ke dunia gelap.

Baru-baru ini, dia tewas sekali lagi. Kata-kata terakhir dia sebelum masuk semula penjara ialah,
masuk semula penjara

Jangan ingat aku tak pernah cuba untuk berubah. Percayalah, sejahat mana pun seseorang itu, ada sekelumit rasa untuk berubah dan berharap agar diberi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

Kita sebagai manusia biasa pun kadang-kadang buat kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Sebenarnya apabila dah berada di penjara, itulah peluang kedua mereka untuk berubah.

Peluang untuk mereka sedar, insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang mereka lakukan. Jika mereka benar-benar ingin kembali ke pangkal jalan, apa salahnya masyarakat menyokong mereka dengan memberikan bimbingan dan semangat untuk meneruskan hidup.

Jangan jadi masyarakat yang dipenjara oleh mentaliti negatif.

Tidak patut diberikan peluang kedua

Penjenayah itu sendiri tidak menunjukkan sebarang perubahan dan penyesalan. Maka mereka tidak patut untuk diberi peluang kedua untuk berubah. Jika mereka menunjukan bahawa mereka akan berubah,

Peluang ini hanya boleh diberikan di dalam penjara bukannya bersama masyarakat

Penjenayah layak dalam penjara

Mereka di dalam penjara akan belajar kerja sosial untuk beberapa tahun agar mereka tahu dan sedar akan kesilapan yang telah dilakukan dan sertakan sekali sesi kaunseling untuk mereka.

banduan diberi peluang kerja

Mereka hanya boleh hidup di dalam kurungan itu sahaja.

Ini kerana di dunia ini sudah dipenuhi dengan orang yang tidak menggunakan akal semasa melakukan kejahatan dan banyak orang jahat. Sebolehnya orang seperti ini yang kita semua tidak mahukan di atas muka bumi ini kerana takut dicederakan.

sesi kaunseling kepada banduan

Setiap orang pernah menjadi muda. Masih ingatkah kita, semasa kita muda kita pernah membuat keputusan dan sewaktu itu adakah kita pernah terfikir tentang baik buruk keputusan itu pada masa akan datang?

Dalam kebanyakan hal, kita tidak memikirkan baik buruk keputusan itu dan melakukan keputusan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keburukan tentang apa kesan yang akan mendatang.

 

Idea untuk artikel kali ini adalah sumbangan dari pembaca Amazingnara 100%.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...