Petua Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyarankan rakyat Malaysia untuk minum air panas atau suam bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 ternyata menimbulkan persoalan ramai. Rata-rata pengamal perubatan menyangkal petua berkenaan dan ia hanya mitos semata-mata.
Bagaimanapun, selebriti popular Neelofa bersetuju dengan sebahagian daripada kenyataan Menteri Kesihatan di mana pengambilan air yang banyak adalah penting untuk mengekalkan tubuh badan sihat.
Setuju minum air panas boleh elak jangkitan COVID-19
Dia juga menyarakan rakyat Malaysia untuk mengamalkan apa sahaja petua di saat genting ini untuk mencegah jangkitan wabak tersebut yang semakin mengganas.
“Jangan merepek, tak tahu jangan cakap.” – Netizen
Namun, apa yang dikatakan oleh Neelofa itu membangkitkan kemarahan netizen. Dia dikecam teruk kerana menyebarkan maklumat yang salah serta mempercayai mitos tidak logik seperti itu.
Pada mereka, Neelofa tidak sepatutnya memberikan komen atau pendapat mengenai sesuatu isu yang bukan dalam bidangnya. Tidak mustahil, selepas ini ada orang ramai yang terpengaruh dan memandang remeh mengenai jangkitan COVID-19.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah menolak kenyataan bahawa air suam boleh membunuh virus COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian hanya menggunakan kaedah berasaskan bukti sains untuk pengurusan dan rawatan pesakit.