Remaja di Malaysia kini boleh mendapatkan satu titis vape hanya dengan RM1 dan dibimbangi mengandungi bahan terlarang kerana boleh menjerat mereka ke arah penagihan dadah.
Pengerusi Majlis Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kedah, Datuk Dr Zulkifly Mohamad berkata, trend tersebut kian menular dalam kalangan pelajar sekolah dan sangat membimbangkan.
Sekarang dengan RM1 pun sudah boleh dapat satu titis vape dan ada vape yang dicampur bahan terlarang. Kegiatan ini sukar dikesan tetapi apabila sudah rosakkan saraf otak anak kita, masa itu sudah terlambat.

Kredit: Berita Harian
Tambahnya, bahan terlarang yang terdapat di dalam vape akan memberi kesan terus kepada sistem sarah dan otak serta mampu menyebabkan kerosakan kekal, berbeza dengan dadah konvensional yang masih boleh dirawat jika dikesan awal.
Pengedaran vape dicampur bahan berbahaya ini mudah diperoleh remaja kerana dijual secara meluas dan tanpa kawalan, malah selalu dipasarkan dalam bentuk titisan yang suka dikesan.
Jadi, ibu bapa dan guru perlu lebih peka terhadap perubahan tingkah laku anak, terutama jika mula menunjukkan kelainan seperti murung, agresif atau sering menyendiri.

Gambar hiasan
Saran undang-undang berkaitan vape dikaji semula
Dalam pada itu, Zulkifly turut menyarankan agar undang-undang berkaitan vape dikaji semula terutamanya membabitkan produk dicampur dadah.
Katanya, ia supaya pengedar dan penjual tidak sewenang-wenangnya menjual vape dan dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan lebih tegas.
Ini bukan soal rokok elektronik biasa, sebaliknya vape dicampur dadah seperti syabu dan ‘mushroom’ yang merosakkan otak anak kita dalam diam. Jadi, perlu ada undang-undang lebih kukuh supaya tindakan boleh diambil terhadap pengedar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.