“Setidak-Tidaknya Suspek Cari Keluarga Mohon Maaf” – Anak Mangsa Kemalangan SUKE Kecewa Suspek Larikan Diri

Kehidupan

“Setidak-Tidaknya Suspek Cari Keluarga Mohon Maaf” – Anak Mangsa Kemalangan SUKE Kecewa Suspek Larikan Diri

Anak sulung kepada mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, meluahkan rasa kecewa terhadap suspek yang tidak mahu bertanggungjawab atas insiden yang berlaku kepada bapanya.

Menurutnya, pihak suspek sama sekali tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menghubungi pihak polis setelah menjadi punca kemalangan maut tersebut dan hal itu sama sekali tidak boleh diterima oleh Hafidz serta ahli keluarga lain.

Advertisement

Katanya kepada pihak Sinar Harian, sekiranya suspek bersalah kerana melawan arus hingga mengakibatkan bapanya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, setidak-tidaknya dia sepat datang memohon maaf kepada ahli keluarga.

insiden SUKE

Buat masa sekarang, kami sekeluarga sangat bersedih dan masih terkejut di atas pemergian ayah tercinta.

Luahan rasa kecewa tersebut didapati selepas pihak media menemui Hafidz di Unit Perubatan Forensik Hospital Ampang, sesudah saja proses pembedahan dilakukan.

insiden SUKE

Pada mulanya, saya menjangkakan ayah hanya mengalami kecederaan atau patah kaki. Saya sudah bertekad untuk menjaganya. Namun ALLAH lebih menyayangi arwah dan menjemputnya menerusi kejadian ini.

Biarpun kelihatan tenang sewaktu ditemui di unit forensik hospitak berkenaan, dapat dilihat anak kepada arwah bergenang air mata sewaktu memberi kenyataan.

Arwah dipercayai terus dijemput Ilahi sebaik saja terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak daripada penunggang motosikal lain yang melawan arus itu.

rider ducati
1 year ago

Maut Tercampak Dari SUKE, Rakan 'Rider' Dedah Kebaikan Arwah - "Al Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangannya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...