Setiap Tahun Naik Pelamin, Pandemik Tak Halang Che Ta Jadi ‘Pengantin Baru’ Bersama Zain Saidin

Hiburan

Setiap Tahun Naik Pelamin, Pandemik Tak Halang Che Ta Jadi ‘Pengantin Baru’ Bersama Zain Saidin

Meskipun negara masih lagi diambang pandemik COVID-19, namun ianya tidak menghalang pelakon terkenal Rozita Che Wan dan suami Zain Saidin untuk kembali bergelar ‘pengantin baru’ saban tahun.

Rozita Che Wan
2 bulan lalu

Rozita Che Wan Mohon Maaf Kepada Farah Ahmad, Wakilkan Kru & Pelakon Tahyul

Advertisement

Pasangan ini sememangnya dikenali dengan majlis persandingan semula sebagai salah satu majlis wajib diadakan untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Namun begitu, ianya menjadi sedikit berbeza apabila hasrat Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ini  apabila tahun ini mereka sekeluarga diuji dengan pengalaman COVID-19.

Advertisement

Pandemik pun kami tetap nak bersanding semula. Tahun ni sempat juga melaram dengan baju songket warna merah hati rekaan Man Kajang untuk sesi fotografi.

Jika tahun lalu pasangan ini siap diarak dengan paluan kompang dan bersanding dalam suasana kampung di Langkawi, kali ini majlis diadakan dengan cukup sederhana kerana situasi pandemik.

Che Ta dalam pada itu turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu jarang berkongsi gambar Zain di media sosial berikutan muncul desas-desus yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan hanya disebabkan hal itu.

Mungkin ada yang tak tahu bahawa Zain ini bukanlah seorang kaki bergambar. Berbeza dengan saya, semua orang tahu saya suka melaram.

Tahun lalu masa sambutan ulang tahun hari lahir saya, tak nampak kelibat suami pun ada yang buat kesimpulan itu ini. Hakikatnya suami terikat dengan penggambaran drama.

Sehubungan itu, Che Ta mengambil inisiatif untuk mengabaikan saja pandangan orang luar dan menganggap soal kebahagiaan atau kesengsaraan itu tak perlu dipamer di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Cari Forum

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. pergola

    December 29, 2021 at 9:32 pm

    pergola için size en iyi tavsie b i?letmeyi önerebilirim.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...