Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu telah menyaksikan lagu Gila merangkul gelaran juara di mana menyaksikan kemenangan terbesar buat penciptanya iaitu Noki, Loca B dan juga Ezra Kong.
Susulan daripada kemenangan itu, nama Ezra Kong disebut-sebut sebagai juara yang sebenar dalam majlis merai dan menghargai penulis serta pencipta lagu tempatan di mana hampir setiap tahun, lagu ciptaan pemuda ini pastinya bakal membawa pulang sekurangnya satu trofi daripada anugerah berprestij itu.
Ini berikutan terdapat seorang individu di media sosial telah menyenaraikan lagu ciptaan Ezra yang telah memenangi AJL sejak edisi yang ke-30 sehinggalah yang terbaru, AJL35.
The true winner, a humble-genius composer, Ezra Kong#AJL30 Assalamualaikum #AJL32 Jampi#AJL33 Haram#AJL34 Anta Permana#AJL35 Gila pic.twitter.com/M2a3aE5wgu
— FJ?? (@FLjasmy) March 14, 2021
Antaranya, lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir muncul naib juara AJL30, Jampi dan Haram pula dinobatkan juara di AJL32 dan AJL33.
Manakala untuk AJL34, lagu Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof meraih tempat ketiga dalam acara tersebut. Tidak lupa juga lagu Belenggu Rindu yang juga dicipta Ezra telah memperoleh tempat ketiga dalam AJL35 baru-baru ini.
Did you guys notice all ezra kong song & lyric is so deep and he know well malay taste and look alike even he’s a chinese. I really salute him. Totally a good lyricist, komposer!! #AJL35
— arissa (@arissaroslann) March 14, 2021
Meninjau ruangan media sosial Twitter, ramai tampil kagum dengan bakat Ezra meskipun dia seorang berbangsa Cina yang arif dan pakar dalam mengetahui selera muzik pendengar irama muzik bahasa melayu di negara kita.
View this post on Instagram
Tahniah diucapkan buat Ezra Kong!