Baru-baru ini, melalui laporan portal hiburan, ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq memaklumkan bahawa dia akan menyalurkan 100 peratus bayaran yang diperoleh menjadi wajah kempen produk kosmetik, Wawa Cosmetics untuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, Johor.
Tak akan ambil satu sen hasil bayaran
Katanya, dia tidak akan mengambil langsung hasil bayaran yang diterima kerana fokus utama kerana mahu menjaga kebajikan penduduk di kerusi Parlimen yang diwakili.
Setiap satu sen yang diperoleh (daripada bayaran diterima dari Wawa Cosmetics) akan disalurkan kepada kebajikan khususnya buat membantu rakyat Muar sendiri. Tetapi berapa jumlahnya, kena dapat kebenaran boss-boss (pemilik Wawa Cosmetics).
View this post on Instagram
Sebab terima tawaran jadi wajah kempen Wawa Cosmetics
Namun begitu, Syed Saddiq menghormati keputusan beberapa jenama yang tidak membenarkan perkara ini kerana perlu melalui beberapa agensi.
Dalam pada itu, ahli Parlimen ini sempat berkongsikan sebab dirinya memilih untuk menjadi wajah kepada kempen produk pelindung matahari.
Wawa Cosmetics adalah produk Malaysia dan berjaya. Produk ini juga sesuai dengan saya sendiri yang suka bersukan.