Setiap Rumah Dimandatorikan Untuk Membuat Pemeriksaan Pendawaian Bermula Tahun Hadapan

Trending

Setiap Rumah Dimandatorikan Untuk Membuat Pemeriksaan Pendawaian Bermula Tahun Hadapan

Bermula tahun hadapan, semua rumah dimandatorikan untuk melakukan pemeriksaan pendawaian (wiring) elektrik bagi setiap 10 tahun, menurut laporan Bernama. Iffah Hannah Muluk, ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga berkata peraturan itu akan berkuat kuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.

Advertisement

“Sebelum ini, kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Disebabkan kekurangan kesedaran mengenai keselamatan elektrikal, orang ramai tidak membuat pemeriksaan pendawaian sehinggalah sesuatu perkara buruk berlaku,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Ketetapan ini dilaksanakan disebabkan terdapat banyak kejadian kebakaran berlaku, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan – yang dapat menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak 2002, 914 kes kemalangan jiwa disebabkan kebakaran dilaporkan dan 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman. Tahun ini sahaja sebanyak 49 kes telah direkodkan

Mengulas perkara sama, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee berkata, rakyat Malaysia hari ini kurang mempunyai kesedaran mengenai keselamatan elektrik di rumah mereka dan ramai di antaranya tidak mengatahui yang badan manusia ini adalah konduktor elektrik.

Chew juga melaporkan, kini terdapat banyak barang tiruan dan tidak mempunyai sijil kelulusan yang sah di pasaran dimana ianya dapat membawa kepada renjatan elektrik dan kebakaran.

Dia juga menyarankan orang ramai agar tidak menggunakan wayar sambungan (extension) pada peralatan yang mempunyai voltan tinggi.

“Orang ramai disarankan untuk tidak menggunakan wayar sambungan pada perkakas utama seperti peti ais, mesin ketuhar dan mikrowave. Ianya dapat membahayakan nyawa setiap orang yang berada di dalam rumah. Untuk selamat, cabutkan plag apabila tidak digunakan”, tambah beliau lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...