“Setiap Rezeki Bukan Untuk Saya Saja..” – Zizan Razak Raih Pujian Ramai, Sumbang Bayaran ‘Moderator’ Kepada Persatuan Kebajikan

Hiburan

“Setiap Rezeki Bukan Untuk Saya Saja..” – Zizan Razak Raih Pujian Ramai, Sumbang Bayaran ‘Moderator’ Kepada Persatuan Kebajikan

Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak mendapat pujian ramai apabila dia menyumbangkan keseluruhan bayaran yang diterima semasa menjadi tetamu dalam sebuah acara yang berlangsung di Terengganu pada awal Mei lalu.

Memetik laporan Mstar, Zizan atau nama penuhnya Mohamad Razizan Abd Razak berkata, amalan sedekah ini memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan bukanlah untuk bermegah.

Advertisement

zizan razak

Menurut Zizan, dia sendiri telah mendapatkan pandangan golongan berilmu sebelum secara spontan berbuat demikian.

Saya dah tanya ustaz dan beritahu perbuatan itu dapat beri ikhtibar pada orang lain agar mereka berminat untuk buat perkara yang sama.

 

Bila ustaz cakap begituy, saya niat lalukan sumbangan kerana Allah. Saya juga berpendapat ini cara terbaik kerana pastinya memberi impak positif sama ada kita nampak atau tidak.

Pelawak itu mengulas perkara itu selepas tularnya video dia menyerahkan sampul berisi sejumlah wang kepada penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus di acara Forum Dialog Anak Muda di Festival Makar Fest 2.0.

zizan razak

Wang bayaran sebagai moderator itu diberikan sebagai sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Fisabilillah Terengganu.

Kata Zizan, dari awal lagi dia sudah berniat untuk menyumbangkan bayaran tersebut bagi tujuan kebajikan kerana baginya, amalan bersedekah mengajar dia menjadi lebih matang dan bijak menjaga tingkah-laku.

Setiap rezeki bukan untuk saya sahaja. Cara terbaik adalah dengan melakukan amal soleh kerana kita tidak tahu pengakhiran bila, amalan kita cukup atau tidak.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

zizan dedah ramai berhutang taknak bayar
3 months ago

Zizan Razak Bongkar Ramai Berhutang Tapi Enggan Bayar – “Bila Minta Bayar Semula Mereka Terus Hilang..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...