Setiap Nyawa Penting, Niat Murni Doktor Ini Ambil 10 Lesen Pelbagai Kenderaan Raih Pujian Ramai

Kehidupan

Setiap Nyawa Penting, Niat Murni Doktor Ini Ambil 10 Lesen Pelbagai Kenderaan Raih Pujian Ramai

Seorang doktor tular dan mendapat perhatian kerana memiliki 10 lesen memandu dan kemudian dipuji masyarakat selepas dia mendedahkan alasan di sebalik itu.

Dr Leong Keen Wai, 37, bertugas sebagai Pakar Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Menurut Dr Leong, dia mula mengambil lesen pelbagai kenderaan selain motosikal dan kereta pada tahun 2022 yang lalu.

Advertisement

Katanya, dia mula terfikir untuk mengambil lesen kenderaan lain kerana mahu membantu untuk memandu ambulans di saat-saat getir dan Jabatan Kecemasan memerlukan pemandu yang mempunyai lesen khas.

Justeru itu, saya bertekad untuk mengambil lapan lagi lesen sejak 2022 memandangkan saya hanya mempunyai lesen motosikal serta kereta yang diambil semasa berusia 17 tahun.

doktor miliki 10 lesen

 

Berhabis kira-kira RM10,000

Ketika ditanya, Dr Leong mendedahkan anggaran kos yang dibelanjakan untuknya mendapatkan lapan lagi lesen adalah kira-kira RM10,000 dan yang paling mahal adalah lesen memandu treler dan bas.

Antara lapan lesen memandu selain motosikal serta kereta yang dimilikinya adalah ambulans, traktor, serta lesen vokasional (GDL).

Meskipun memiliki 10 lesen memandu namun Dr Leong hanya menggunakan motosikal untuk ketempat kerja dan sekali sekala dia akan memandu kereta.

doktor miliki 10 lesen

 

Boleh bertindak segera di saat-saat penting

Sebelum ini, ketika ditemu bual Malay Mail, Dr Leong berkata dia berbuat sedemikian untuk kesediaan sebagai pakar perubatan kecemasan untuk menangani situasi hidup atau mati.

Ujarnya, sebagai doktor kecemasan dia sering berada di dalam situasi di masa setiap detik itu penting dan jika ada apa-apa berlaku yang boleh dilakukannya untuk mempercepatkan bantuan, Dr Leong tidak akan teragak-agak.

Sebagai contoh, sekiranya berlaku bencana atau kecemasan, saya tidak mahu bergantung kepada orang lain untuk memandu ambulans, trak atau kenderaan khusus. Dengan memiliki pelbagai lesen, saya boleh bertindak segera.

doktor miliki 10 lesen

 

Mahu ambil lagi dua lesen

Terdahulu, hantarannya di Facebook tular dan telah meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi mengenai jumlah lesen memandu dimilikinya.

Tujuan saya buat hantaran itu adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti pengalaman saya mengambil lesen berkenaan.

Dr Leong juga turut menyimpan hasrat untuk mengambil lesen mengendalikan kren menara serta lesen menerbangkan helikopter pada masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dua doktor pakar diarah bayar rm6 juta
2 months ago

‘Sakan’ Pergi Minum Tinggalkan Ibu Bersalin Alami Pendarahan Hingga Meninggal, 2 Doktor Pakar Diarah Bayar RM6 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...