Pelakon veteran, Ogy Ahmad Daud membahas soal bayaran kepada pelakon senior yang dianggap olehnya semakin tidak masuk akal dan lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan pelakon baru.
Ketika disoalkan hal pembayaran, Ogy turut memberi jalan penyelesaian mengenai isu terbabit.
Kita perlukan duit, tapi saya takkan melacurkan bakat saya!
Hal pembayaran, hal dalaman. Setiap manusia ada harga, maruah diri, nilai diri dan yakin dengan rezeki yang Allah dah tentukan kepada kita.
View this post on Instagram
Menurut Ogy, walaupun kini lebih ramai pelakon-pelakon baharu yang datang dari media sosial dan dibayar dengan harga yang lebih tinggi, tapi ramai juga yang tidak mempunyai rasa hormat terhadap karya lakonan mereka sendiri.
Ia rezeki masing-masing, jangan salah faham. Saya tak rasa tergugat pun dengan kemunculan mereka kerana ‘level’ saya dah lain. Tapi, saya rasa kecewa apabila mereka memperkotak-katikkan seni ini. Sebab saya lahir dari rahim dan benih seniman negara.
Kini, Ogy sedang membintangi drama bersiri iaitu Ayahanda yang disiarkan dalam slot Lestari TV3 bersama-sama barisan pelakon hebat yang lain seperti Jalil Hamid, Noorkhiriah dan Fikry Ibrahim.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.