“Setiap Komen Yang Tanya Siapa Saya, Dia Masih Beritahu Bahawa Saya Isterinya” – Hana Azraa

Trending

“Setiap Komen Yang Tanya Siapa Saya, Dia Masih Beritahu Bahawa Saya Isterinya” – Hana Azraa

Pendedahan bekas isteri penceramah bebas, PU Abu iaitu Hana Azraa menjadi topik bualan hangat selepas ia meraih perhatian ramai warganet.

Hana mendakwa dia masih diganggu bekas suaminya itu yang sering menghantar mesej menyatakan hasratnya untuk berbaik semula.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia bagaimanapun tidak mahu melayan permintaan bekas suaminya itu dan akui banyak perkara yang membuatkan Hana tidak boleh merujuk semula.

Menurut Hana lagi, dia membuat pendedahan ini kerana PU Abu masih menggelarnya sebagai isteri menerusi ruangan komen sedangkan mengikut hukum dia bukan lagi isteri kepadanya.

Saya perlu jelaskan kepada netizen sebab setiap orang komen di Instagram bertanya siapa saya, dia masih beritahu kepada orang ramai bahawa saya adalah isterinya.”

Sementara itu, Hana turut berkata dia tidak mahu membuat laporan polis susulan gangguan daripada PU Abu kerana mahu menyelesaikan hal tersebut secara baik.

Katanya, dia tidak mahu menutup periuk nasi bekas suami memandangkan PU Abu masih mempunyai keluarga dan tanggungan.

Saya cukup mengenalinya. Dia seorang lelaki yang baik. Saya hanya minta dia biarkan saya hidup bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Kami masih boleh berkawan seperti saya berkawan dengan bekas suami pertama.”

Terdahulu, Hana mendedahkan dia masih diganggu PU Abu sehingga ke Mekah dan susulan tular isu terbabit pendakwa berkenaan mengakui ada hantar mesej kepadanya namun atas urusan anak mereka.

abu
2 years ago

"Bila Teringat Likunya Rasa Sebak" - PU Abu Puji Isteri Tetap Setia, Menyesal Pernah Curang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...