“Setiap Komen Dibuat Kena Tanggung” – Peguam Kata Kes Cabul Puteri Balqis Akan Jadi Rumit

Hiburan

“Setiap Komen Dibuat Kena Tanggung” – Peguam Kata Kes Cabul Puteri Balqis Akan Jadi Rumit

Rasanya semua pihak berasa terkejut dengan pendedahan pelakon remaja Puteri Balqis baru-baru ini mengenai dia menjadi mangsa amang seksual oleh bapa kandung sendiri.

Pendedahan yang dilakukan dalam saluran YouTube Bros Gang TV itu bukan saja membuat ramai pihak terkejut, malah mereka juga meninggalkan pelbagai reaksi serta pandangan masing-masing.

Advertisement

Walaupun ada yang simpati atas apa yang telah berlaku kepada Aqish, ada juga segelintir netizen persoalkan sama ada dia pernah membuat laporan polis terhadap pelaku atau tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peguam | Lawyer | (@hafidzahhassan)

Peguam yang dikenali ramai iaitu Nurul Hafidzah Hassan telah menjelaskan jenayah di Malaysia tiada batasan waktu dan mangsa boleh membuat laporan polis ataupun mengambil tindakan undang-undang biarpun kejadian sudah berlaku agak lama.

Namun, Hafidzah memberitahu kebarangkalian kes akan menjadi rumit dan mangsa akan sukar untuk membuktikan dakwaan yang dilakukan atas sebab beberapa faktor seperti saksi tidak dijumpai atau sudah meninggal dunia selain tiada bahan bukti yang dijumpai.

Susulan itu, apabila ditanya pandangan mengenai Aqish mendedahkan perkara ini secara umum, peguam terbabit berkata ia akan membuka ruang kepada orang yang diperkatakan untuk memfailkan fitnah terhadap mereka.

Kes ini boleh menjadi lebih besar dan rumit sekiranya si pelaku berniat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Dalam pada itu, dia menasihati agar sebaiknya pengadu terus membuat laporan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan bagi membuktikan perbuatan si pelaku.

Sekadar info, bapa Aqish turut dilaporkan sudah membuat laporan polis kerana nafi melakukan perbuatan keji tersebut terhadap anak perempuannya.

2 years ago

"Wallahi Tak Terfikir Nak Buat Benda Keji Tu" - Bakal Saman Pemfitnah, Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...