Kes seorang pelawak membelasah seorang pengawal keselamatan sehingga cedera teruk cukup hangat diperkatakan di media sosial. Ramai yang geram dengan tindakannya itu.
Turut terkena tempiasnya adalah Ruby Che Wan, isteri kepada pelawak Lan Pet Pet. Netizen menyerang beliau dengan pelbagai kecaman dan turut meminta Ruby menasihati suaminya itu untuk menghormati orang yang lebih tua.
Ruby yang juga adik kepada selebriti popular Rozita Che Wan menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau sudah memaafkan netizen yang melemparkan kecaman kepada mereka. Katanya lagi, setiap perkara buruk Allah SWT izinkan berlaku, pasti ada hikmahnya.
Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan. Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan redha.
Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’.
Dalam perkembangan terbaru, pelawak itu telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam. Arahan itu dikeluarkan oleh pihak mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Seremban. Namun, kes masih lagi di bawah siasatan.

Anonymous
April 12, 2019 at 3:45 am
Tetiba je pukul org tua tu apa hal lan pet pet.. Ko ada otak ke tk de ni bangang?apa2 msalah bincang elok2 bukan main terjang je kepala hotak lan pet pet bebal kn da kena.. Padan muka.. Lpas tu suruh bini minta maaf paluii.. Nk tunjuk samseng kuat sgt ke..jap lagi ko jadi tua mcm pakcik tua Tu kna belasah baru tau. Puu p jahanam la sial
Anonymous
April 11, 2019 at 12:56 pm
Pdan muka laki hang…tu la nak tunjuk gangster..
tah tah bawah pengaruh drugs…
hhuh
tertiba je bantai atuk tu..
mana otak ????
ahmad
April 11, 2019 at 11:50 am
pergi minta maaf dgn pakcik
Anonymous
April 9, 2019 at 5:11 pm
Kesian kalau orang sebaya pakcik ni masih terpaksa bekerja untuk hidup. Sayu tgk orang tua yang terpaksa bekerja.
Walau apa pun alasan, dia tidak patut dipukul.
Hanya taat pada suami yang beriman.
Allah is always the number one. Suami boleh cari lain.
Anonymous
April 9, 2019 at 4:02 pm
apahal ko plak yang nak maafkan orang. patut ko yang minta maaf. terutama sekali kat pakcik tu n keluarga dia.. dasar adik beradik bulu mata palsu..