Written by Bella | September 30th, 2019

Pelakon Rita Rudaini boleh dikatakan “kebal” dengan kecaman netizen, namun apabila ia melibatkan soal anak-anak, jiwanya sebagai seorang ibu tidak dapat bertolak ansur.

rita rudaini

Rita akui dia terkilan ada sesetengah netizen menggunakan akaun palsu akan meninggalkan komen negatif setiap kali dia berkongsi foto anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di Instagram.

Kadang-kadang, bila saya kongsi foto anak-anak di laman Instagram, mulalah ada akaun palsu yang tidak mempunyai foto serta tidak mengikuti mana-mana akaun Instagram lain muncul di ruangan komen.

rita rudaini foto anak-anak

Mereka meninggalkan komen buruk dan negatif terhadap foto terbabit. Setiap kali muat naik gambar anak-anak, mesti mereka pun datang komen berbaur kutukan. Saya juga akan bertindak membalas komen jika ada netizen bertindak melampau meninggalkan komen bukan-bukan.

Dalam pada itu, Rita sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat mengatakan artis seharusnya tidak melayan provokasi di media sosial dan hanya berdiam diri apabila dikecam. Kenapa pula harus diam, sedangkan mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

rita rudaini

Ada yang cakap artis tidak seharusnya balas atau respon. Bagi saya, ikut keadaan. Kalau komen mereka melampau, saya harus bertindak. Kenapa artis hanya perlu diam? Kami mempunyai perasaan seperti manusia biasa, bukannya makhluk asing.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Rita, kalau komen dah melampau memang patut dibalas, apatah lagi kalau melibatkan anak-anak yang tidak pernah pun membuat kesalahan dengan netizen. Bagus Rita, terus pertahankan maruah diri dan anak-anak.

Sumber Berita : Astro Gempak

6 responses to Setiap Kali Kongsi Foto Anak-Anak, Pasti Mereka Kutuk – Rita Rudaini

  1. Anonymous says:

    Sudah2 la rita. move on buat hal sendiri. lebih kurang je mulut awk tu.

  2. Lola says:

    Dia mmg buat hal sendiri. Netizen mcm kau yg lebih2. Kot2 kau salah sorang yg fake acc komen kat ig dia. Kah!

  3. Anonymous says:

    Yawn……

  4. Otodebit says:

    Move on la sistur. Tak habis2 lagi ko ni. Dah jadi kesian pulak tengok

  5. ciknab says:

    ko yg tak move on.. aku tgk dia tak kacau org lain pun

  6. Ani says:

    rita hanya letak gambar foto anak2 dia…yg lain nak panas , dh knpa kan?…rita jaga anak2 dia sorg diri dgn penuh kasih sayang, anak2 pn comel2 , pandai jaga diri..apa salah ibu tunggal tu ?…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini