Setiap Ibu Wajib Lakukan Perkara Ini Pada Anak-Anak Selepas Mereka Bermain Di Luar

Branded

Setiap Ibu Wajib Lakukan Perkara Ini Pada Anak-Anak Selepas Mereka Bermain Di Luar

Zaman kanak-kanak ni adalah zaman yang paling dirindui sebab ia merupakan waktu untuk mereka meneroka dunia. Masa inilah mereka akan berlari bebas di padang atau melompat dalam lopak air dan macam-macam lagi.

Sebagai ibu bapa, janganlah anda halang potensi mereka, sebaliknya apa yang anda perlu lakukan ialah berikan mereka perlindungan yang diperlukan. Haa, macam mana pula tu?

Bila diorang dah seronok bermain dan melakukan aktiviti di luar, tanpa disedari mereka juga terdedah kepada bakteria berbahaya. 

Jadi, untuk melindungi anak-anak anda daripada bakteria jahat ni, semestinya anda perlu menggunakan produk yang dapat memberikan perlindungan yang optimum. Jom kami kongsikan rangkaian produk Johnson’s Baby dan kenapa ia wajib ada di setiap rumah.

Basmi 99.9% Bakteria Dengan Mandian & Syampu Johnson’s Baby

Johnson & Johnson Playdays

Haa, bila dah berpeluh ni, badan mulalah rasa berlengas dan tak selesa, ini menjadi salah satu punca lebih banyak bakteria jahat terkumpul pada anggota badan. 

Jadi, untuk membasmi bakteria terutama selepas bermain, anda perlu menggunakan sabun mandian yang dapat memberikan perlindungan optimum pada anak-anak. Rahsianya, gunakan mandian Johnson’s ® Active Kids™ Clean & Fresh, ia mempunyai tekstur yang lembut kepada kulit kanak-kanak berbanding produk dewasa serta memenuhi keperluan perlindungan diri untuk anak anda. Paling penting, ia akan membasuh 99.9% kuman tanpa merosakkan kulit.

Johnson & Johnson Playdays

Bukan hanya, kulit badan saja, penjagaan kulit kepala dan rambut pun penting bermula dari kecil tau. Gunakan syampu Johnson’s ® Active Kids ™ Clean & Fresh sebab ia dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan pada kulit kepala. Wow!

Ia juga dapat membantu untuk mencuci kuman melalui pembersihan yang lembut, hasil daripada teknologi anti-statik yang menghalang pembentukan habuk dan kotoran pada rambut. Ia juga dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan tau!

Kalau anda nak tahu, kedua-dua produk ini mengandungi pH yang seimbang serta telah diuji oleh pakar kanak-kanak. Jadi, anda tak perlu risau lagi jika ada kesan sampingan pada kulit anak-anak anda nanti. 

Produk ini juga direka khas dengan teknologi Active Fresh yang mana ia direka khas menggunakan ekstrak aloe dan teh hijau yang dapat membantu untuk memberikan kesegaran pada kulit serta-merta dan kekal berpanjangan sehingga 12 jam.

Menariknya, produk mandian dan syampu ni pun dapat membasuh 99.9% kuman dan bakteria daripada anggota badan dengan sekali bilasan tau. Terbaiklah! 

 

Perlindungan Yang Optimum Dengan Bedak Johnson’s Baby

Johnson & Johnson Playdays

Untuk perlindungan dan kesegaran berpanjangan, anda perlulah sapu bedak bayi Johnson’s® Blossoms selepas memandikan anak-anak. Wajib!

Masa kecil-kecil dulu setiap kali lepas mandi, ibu sering sapukan bedak pada badan supaya badan kita rasa segar. Dah ada anak ni, anda buatlah perkara yang sama pada anak anda. Cuma kali ni gunakan bedak bayi Johnson’s® Blossoms. Wajib!

Bukan hanya baunya yang wangi dan menyegarkan. Malah, bedak ini mampu memberikan perlindungan yang lebih lama serta menjadikan kulit anak-anak kering dengan selesa, licin seperti sutera. Paling penting, ia dapat menyerap peluh 2 kali ganda! 

Apa yang membezakan bedak ini daripada bedak lain di pasaran adalah ia menggunakan talkum gred U.S. Pharmacopeial (USP) yang dapat memastikan ia memenuhi standard kualiti, ketulenan dan pematuhan tertinggi. 

Bedak ini juga dipilih dengan teliti, diproses dan diuji untuk memastikan ia bebas asbestos, seperti yang disahkan oleh ujian biasa yang dijalankan sejak tahun 1970-an lagi. Wow!

Jadi, anda wajib ada bedak bayi Johnson’s® Blossoms ni satu dekat rumah untuk kegunaan anak-anak supaya dapat memberikan perlindungan dan kesegaran yang lebih lama.

 

Sertai Peraduan Gambar Bersama Johnson’s X Didi & Friends, Berpeluang Menangi Hadiah Sehingga RM50,000!

Johnson & Johnson Playdays

Sekarang anda dah tau kenapa rangkaian produk Johnson’s Baby ni wajib ada di setiap rumah kan? Bukan setakat wangi, malah ia telah diuji selamat oleh pakar kanak-kanak dan kualitinya  terjamin berbanding produk kanak-kanak lain yang berada di pasaran. 

Eah kejap, anak anda peminat siri animasi Didi & Friends? Kalau ya, jangan lepaskan peluang sertai peraduan gambar bersama Johnson’s® X Didi & Friends, confirm anak-anak anda suka!

Paling best, anda berpeluang untuk menangi hadiah bernilai sehingga RM50,000* tau. Wow! Tertakluk pada terma dan syarat. Peraduan ini hanya berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2022.

Kalau nak macam mana nak sertai, ikut saja langkah mudah ni:

Johnson & Johnson Playdays

Kalau anda berminat untuk sertai peraduan ni, jangan lupa daftarkan diri dekat sini https://bit.ly/JBPlaydaysXDidinFriendsTnC

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Johnson’s Baby, layari laman web rasmi Johnson’s Baby. Kalau anda nak cuba filter daripada Johnson’s Baby, anda boleh pergi ke Instagram dan Facebook

Anda boleh dapatkan rangkaian produk Johnson’s Baby di Shopee dan Lazada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...