Bukan saja hebat di pentas seni, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga cemerlang dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim.
Hebat! Tokti penyumbang zakat perniagaan tertinggi
Terbaru, Siti diumumkan sebagai salah seorang penyumbang zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi syarikat miliknya, CTDK Holdings.
Siti, 46, menegaskan bahawa zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga cara untuk menyucikan harta dan melapangkan rezeki.
Setiap hasil wang yang diperoleh melalui perniagaan, di dalamnya ada hak orang lain juga.
Tak pernah culas bayar zakat
Beliau turut berkongsi bahawa sejak memiliki syarikat sendiri sebelum berkahwin, beliau tidak pernah culas dalam menunaikan zakat perniagaan atau individu setiap tahun.
View this post on Instagram
Majlis penyerahan zakat tersebut turut dihadiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan beberapa tokoh penting lain.