Erin Malek yang sebelum ini merasa agak terkilan apabila foto ultrasound bayinya tersebar di Internet tanpa kebenaran beliau telah memaafkaan individu tidak bertanggungjawab itu dan enggan terus sakit hati dan tertekan memikirkan soal tersebut.
Saya tertekan apabila terkenangkan hal itu tetapi tidak mengapa. Saya tidak mahu terus tertekan kerana dalam keadaan sekarang saya harus pastikan kandungan berada dalam keadaan baik. Jadi, saya maafkan orang itu.
Mengakui merasa rindu untuk beraksi di kaca televisyen, Erin bagaimanapun memberitahu beliau merasa seronok menjadi seorang suri rumah dan tidak sabar untuk menanti kelahiran bayi kembarnya pada bulan September nanti.
Setiap hari saya nikmati keseronokan sebagai wanita mengandung.
Saya banyak habiskan masa di rumah, banyak membaca tentang kehamilan. Saya buat senarai barang-barang keperluan untuk menyambut kelahiran cahaya mata kami tetapi satu barangan bayi saya belum beli lagi sebab masih awal lagi. Saya bersyukur kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami.
Ramai yang gembira buat Erin apabila menerima berita beliau hamil anak kembar, sudah tentu mereka ingin mengetahui jantina bayi tersebut. Namun, buat masa ini Erin mahu merahsiakannya sehingga tiba masa yang sesuai nanti.
Mengandung di usia muda banyak kelebihannya, badan pun masih kuat tetapi harus dijaga juga dari segi pemakanan dan aktiviti seharian. Kami berdoa agar Erin Malek bersalin dengan lancar dan semoga segalanya dipermudahkan.
Sumber Berita: Malaysian Digest