December 10th, 2018

Dalam mencari pasangan hidup, pastinya seorang wanita mahukan seorang lelaki yang mempunyai hati yang ikhlas serta pegangan agama yang kuat. Pelakon Ruhainies mengakui doanya sudah termakbul dan merasa sangat bertuah bertemu jodoh dengan kekasihnya Mr E.

Hatinya mula terbuka menerima cinta dan kasih sayang Mr E saat kekasihnya itu membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit.

Akhirnya Tuhan menunaikan doa saya apabila dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta dan bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Saya pula bukannya memandang paras rupa dan kedudukan, sebaliknya hati budi serta keteguhan agama menjadi keutamaan.

Saya bertambah yakin dengan keikhlasan Mr E  apabila melihatnya membaca Surah Yasin setiap hari, selama dua minggu, ketika saya jatuh sakit sewaktu menjalani penggambaran program travelog, Secawan Kopi, yang menjelajah beberapa kota di Indonesia, baru-baru ini.

Bukan harta dan kekayaan yang dikejar oleh Ruhainies dan beliau agak terluka apabila sesetengah netizen mendakwa beliau perempuan mata duitan.

Bagi saya, kalau Mr E tidak kaya dan berharta sekali pun, inilah lelaki yang saya idamkan sebagai jodoh .Saya tidak pernah beritahu identiti Mr E, malah apa yang dia ada pun saya tidak tunjuk. Kebanyakan netizen hanya tahu membuat spekulasi. Kalau ikutkan, Mr E mengejar saya sejak setahun lalu, tetapi saya tidak melayannya. Sedangkan, saya bukannya tidak tahu siapa Mr E.

Bertuah betul Ruhainies dapat buah hati yang penyayang dan boleh dikatakan mempunyai pakej  ‘husband material’.

Sumber Berita : BH ONLINE

38 responses to “Setiap Hari Kekasih Bacakan Surah Yasin Untuk Saya – Ruhainies”

  1. Anonymous says:

    kesah plak aku….hahahaa

  2. Mek Meluat says:

    tajuk bacakan yasin masa sakit.
    adoiiii pergi la meninggal weh. Abes yang kau tu tak menutupi aurat tu.. baik lah bf kau tu bacakan talkin terus!

  3. mama says:

    Poyo …

  4. Anonymous says:

    This sendu girl is so fake! Did bump into her at the Pavillion a while back. Oh my Gucci! Perasan Gila babi dia ni! PERASAN….. muka tu dok muncung2 mcm lah cantik sangat. Seriously. Langsung x nmpk natural. Bersegi2 muka. And then bila tengok barang ke apa dia punya posing mmg mcm tunggu nk suruh org ambil gambar dia. Fake GILA! I was like WTH is wrong lah w this budak.