“Setiap Hari Datang Nak Manja, Tak Nak ‘Rehearsal’ Kalau Tak Ada Aliff” – Bella Astillah Dedah Sikap ‘Penyondol’

Hiburan

“Setiap Hari Datang Nak Manja, Tak Nak ‘Rehearsal’ Kalau Tak Ada Aliff” – Bella Astillah Dedah Sikap ‘Penyondol’

Pelakon dan juga penyanyi, Bella Astillah menjelaskan sebab bahawa dia bertindak untuk mendedahkan sikap heroin drama yang bergandingan dengan suaminya, Aliff Aziz dalam naskah terbaru berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah menerusi wawancara di program TV Melodi.

Ujarnya, dia bertindak sedemikian kerana untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada keluarganya kerana iman seseorang pasti akan goyah jika digoda setiap hari.

Advertisement

Kalau saya tak buat macam ni, apa kesudahannya? Kalau nak kata saya kena nasihat suami dulu, betul itu memang cara yang tepat.

Dedah Bella lagi, heroin drama berkenaan bersikap ‘manja’ dan menggoda terhadap suaminya.

Tapi kalau hari-hari orang datang manja-manja, nak rehearsal tak boleh kalau tak ada hero. Kita elak, tapi kalau hari-hari takut juga kalau suami saya tersuka macam mana?

Dalam pada itu,  Bella tidak bersetuju dengan idea poligami dan sebolehnya ingin mengelakkan perkara itu daripada berlaku dalam rumah tangganya.

“Kalau kata poligami, memang saya tak setujulah dan saya tak mahu sampai ke tahap itu. Sebelum ia terjadi lagi, saya buat benda ini (pendedahan).” kata Bella.

Poligami
2 years ago

Pelakon Wanita Rampas 'Businessman', Didakwa Hasut Suami 'Tarik Balik' Nafkah Isteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...