Ramai peminat dan rakan selebriti terkejut dengan pendedahan Bella Astillah tentang seorang pelakon wanita yang tanpa segan silu mengaku ‘tersuka’ suaminya, Aliff Aziz.
Bukan itu sahaja, ramai turut cuba meneka siapakah aktres yang dimaksudkan selepas Bella memaklumkan dia berlakon sebagai heroin dalam drama di samping Aliff baru-baru ini.
Selain Nabila Huda, rakan selebriti lain turut bengang dengan pelakon wanita terbabit dan meluahkan rasa geram dengan sikap tidak profesional sebegitu.
Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram story berkata pelakon seperti itu tidak sepatutnya dibenarkan terus berlakon disebabkan perangainya.
Kata aktor berusia 38 tahun itu, tidak pelakon lelaki atau wanita, kedua-duanya patut kena gam daripada terus muncul di televisyen jika mereka ‘buat hal’.
Setiap drama dia akan pi kacau rumah tangga orang, memang mampos lah.”
Dia bagaimanapun akui tidak pernah ada pengalaman ‘tersuka’ pelakon yang digandingkan bersama dan apa yang diluahkan itu hanya pandangannya sahaja.
Sebelum ini, pelakon Nabila Huda turut menyelar heroin tersebut dan berkata tindakannya bakal merosakkan nama sendiri dalam industri seni.