“Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap” – Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Hiburan

“Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap” – Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Pelakon terkenal, Fattah Amin menitipkan kata-kata indah buat isteri tercinta yang juga penyanyi, Amira Othman.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur terhadap perjalanan hidup yang mempertemukan mereka sebagai suami isteri.

Advertisement

Dalam tiap helaian takdir, terukir kisah kita. Setulus takdir menyatu dalam satu akad. Setiap detik adalah puisi cinta yang tidak terucap, namun tersemat pada setiap jiwa yang ikhlas.

Dalam satu perkongsian lain, Fattah mengingatkan bahawa setiap insan memiliki jalan hidup berbeza, namun semua takdir yang tertulis adalah dengan hikmah dan ketentuan terbaik daripada Allah SWT.

Alhamdulillah. 14/9 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh ajal maut dan semua urusan hidup kita. Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza beza. Ujian dan nikmat juga berbeza beza. Betapa Allah Itu Maha Kaya.

Tapi apa yang pasti. Tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Apa sahaja yang Dia tentukan, adalah yang terbaik. Dan akan jadi pada waktu yang paling baik.

Terdahulu, pasangan itu selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Utama, Golden Palm Tree Bagan Lalang pada Ahad lalu.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 2017, namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yasmin Hani
2025-09-18 11:44:20

"Saya Meniarap, Dia Cuba Masukkan Tangan Ke Dalam..." - Yasmin Hani Dedah Pernah Kena Gangguan S*ksual

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...