Oleh kerana jarang kongsi gambar bersama isteri dan keluarga, pelakon kacak Hisyam Hamid, disyaki telah bercerai dan tinggal berasingan bersama isterinya.
Apabila ditanya, Hisyam menafikan penyataan tersebut dan akui masih lagi suami kepada isterinya. Netizen mula mempersoalkan hal berikut oleh kerana pelakon itu kini kurang berkongsi gambar bersama pasangannya.
Setiap bulan mesti ada isu saya dan isteri. Saya taknak terlalu kongsi hal peribadi kerana taknak jadi buah mulut netizen.
View this post on Instagram
Tambahan pula, pelakon drama bersiri Kerana Aku Isteri Bidaan itu menganggap jika terlalu banyak berkongsi hal peribadi untuk tatapan netizen, lambat laun boleh mendatangkan bahaya kepada kariernya.
Kalau kat rumah lepak minum kopi pun takkan saya nak share juga.
Bagi Hisyam, dia akan berkongsi di laman sosialnya hanya jika ada acara spesial yang perlu dikongsi. Contohnya, momen ketika anaknya bergraduasi baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.