“Setia Pada Satu, Curang Akan Rosakkan Hubungan & Bisnes” – Video Lama Abang Tesla Tular Semula

Kehidupan

“Setia Pada Satu, Curang Akan Rosakkan Hubungan & Bisnes” – Video Lama Abang Tesla Tular Semula

Sedia maklum, semalam, kecoh di media sosial apabila salah seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla berkahwin untuk kali kedua.

Hal tersebut membuatkan ramai yang tidak berpuas hati, lagi-lagi dia membuat video memaparkan keadaan sayu isteri menangis sewaktu solat subuh bersama sebelum dirinya bernikah pagi itu.

Advertisement

Melalui laman Twitter, tular semula video lama influencer berkenaan berkata bahawa dia tidak akan berlaku curang kerana ia akan merosakkan hubungan yang sudah dibina bersama isteri.

Dalam pada masa yang sama juga, Abang Tesla berkata dia akan tetap setia pada yang satu tanpa memandang wanita lain.

Ayat-ayat yang dilontarkan sememangnya telah memakan diri sendiri selepas dia membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain.

Sekadar info, Abang Tesla menegaskan bahawa dia sudah mendapat izin isteri untuk berkahwin satu lagi dan luah rasa syukur kerana wanita itu reda hidup berpoligami.

Abang tesla
1 year ago

"Ramai Tanya, Tak Sayang Bini Ke?" - Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami 'Viral', Minta Netizen Jaga Percakapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...