Salam semua,
Terima kasih kerana menjadi penyokong setia setelkahwin.com selama ini. Untuk itu, kami ingin mengumumkan bahawa sekarang ini kami telah membangunkan 2 aplikasi baru yang FOC (free of charge) untuk anda semua gunakan. Yang pertama, kami telah membangunkan ruangan ‘chatroom’ untuk memudahkan anda berkomunikasi di antara satu sama lain dan berkongsi maklumat. Ia amat mudah digunakan kerana aplikasi ini adalah sama seperti aplikasi ‘chat mIRC’ yang korang pakai masa zaman zaman sekolah kita dulu. Mesti korang rindu kan :) Jangan terkejut pulak jika korang jadi ketagih menggunakannya…!
Yang kedua pula adalah aplikasi forum. Kami berharap dengan adanya forum tersebut, ia akan lebih memudahkan anda dalam proses merancang perkahwinan nanti. Selain daripada dapat bertukar-tukar pendapat, nasihat atau berbincang mengenai urusan perkahwinan, anda juga dapat berborak tentang bermacam-macam perkara lagi di dalam forum ini. Misalnya hiburan, kerjaya, dunia teknologi dan isu-isu semasa.
Dengan itu, kami berharap agar anda akan terus setia dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kami. Kami turut alu-alukan sebarang cadangan atau ‘constructive critism’ daripada anda semua supaya kami dapat memperbaiki sebarang kelemahan dan memberikan servis yang terbaik untuk anda dari masa ke semasa.
Pastikan anda sudah log masuk sebelum menggunakan aplikasi ‘chat’ dan forum ini, kalau belum jadi ahli lagi silalah daftar dahulu di sini (http://www.setelkahwin.com/join.php). Aplikasi ‘chat’ terletak di dalam menu ‘Aplikasi Kahwin’ untuk keahlian member dan di dalam menu ‘Aplikasi Bisnes’ untuk keahlian vendor.
Terima Kasih! Semoga anda semua terhibur!