Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Setelah Setahun Berkahwin, Pelakon Nazrief Nazri Kini Terbuka Hati Nak Timang Cahaya Mata

Pelakon Nazrief Nazri yang mendirikan rumah tangga bersama isteri, Aizatul Aqma genap setahun lalu berkata mereka kini bersedia untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Menurut Nazrief, 29, dia hanya mampu berserah dan yakin tuhan mempunyai perancangan yang baik untuk dia dan isteri membina keluarga.

Advertisement

Jika pada awal dulu Nazrief dan isteri merancang untuk tidak mempunyai zuriat dalam masa terdekat, namun kini segalanya berubah.

“Masa mula-mula kahwin, kami memang merancang tak nak ada anak lagi. Tetapi sekarang kami dah agak bersedia dan serah kepada Allah SWT. Maksudnya buat masa sekarang kami tak terlalu berharap dan tak juga menolak rezeki,”

Dalam pada itu, pasangan ini dilihat turut memuat naik foto-foto momen indah setelah bergelar suami isteri sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Advertisement

Nazrief turut mengakui bahawa dirinya kini mempunyai banyak masa terluang kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan dan masa tersebut telah diisi dengan menghasilkan video menarik bersama isteri buat tatapan peminat di media sosial.

Kini berkhidmat sebagai perunding kewangan, Nazrief juga ingin mendidik peminat serta pengikutnya di media sosial untuk memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai ilmu menguruskan duit serta soal kewangan.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Kepoci

    November 20, 2020 at 7:19 am

    Aku X folow ig dia.tapi nampk la.kadang kat ig.yela sbb Ada kawan2 Aku folow dia.annoying gedik..seksi gila.suami tangung dosa sama2.kita tgok nant ada baby.jgn bergaduh cerai plak

Leave a Reply to Kepoci Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top