Setelah Penjual Tauhu, Kini Abam Sado Jual Sayur Jadi Kegilaan Di Taiwan

Trending

Setelah Penjual Tauhu, Kini Abam Sado Jual Sayur Jadi Kegilaan Di Taiwan

Kalau sebelum ini penjual tauhu sado menjadi sensasi internet kerana wajah yang kacak, kali ini seorang lagi abam sado penjual sayur mendapat perhatian ramai di Taipei.

tw-fruit-selling-hunk-2

Advertisement

Wang Xianghong baru-baru ini difotokan di sebuah gerai buah-buahan dan sayuran Qiangjang Road daerah Beitou, Taipei. Pelanggan yang kebanyakannya wanita mengakui mereka sememangnya memerhatikan otot perut lelaki itu sewaktu membeli-belah di situ. Kata seorang makcik yang membeli:

Agaknya hari panas kerana itu dia tidak berbaju.

Wang berusia 20 tahun dan mempunyai ketinggian 185 cm dan bekerja sebagai model sambilan di agensi permodelan Catwalk.

Wang memberitahu pemberita bahawa dia merancang untuk berkhidmat sebagai tentera pada hujung tahun ini dan sudah bekerja di pasar basah itu selama enam bulan. Kadangkala dia membuka baju untuk memudahkan dia bekerja. Wang mengakui beberapa orang makcik memuji badannya dan dengan sengaja datang membeli darinya ketika memilih barang.
tw-fruit-selling-hunk-1
Dia bekerja di pasar itu empat hari seminggu dan selebihnya digunakan untuk berlatih catwalk dengan agensinya.

Menurut pemilik kedai bernama Chen, Wang dan anak lelakinya merupakan pelajar sekelas di sekolah rendah. Disebabkan tidak cukup kakitangan, Wang mengambil inisiatif untuk membantu menyusun barangan di rak dan melayan pelanggan.
tw-fruit-selling-hunk-3
Kata Chen, dia tidak pasti sama ada terdapat peningkatan jualan selepas Wang bekerja untuknya kerana kedainya selama ini memang mendapat sambutan baik.

kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Ekspresi Muzik 2015, sila hubungi nombor yang tertera di flyers ini. sama-sama kita mencetuskan revolusi muzik baharu

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 7 July 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...