Setelah Lebih 20 Tahun Bermain Untuk Malaysia, Nicol David Umum Bakal Bersara Jun Ini

Trending

Setelah Lebih 20 Tahun Bermain Untuk Malaysia, Nicol David Umum Bakal Bersara Jun Ini

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengumumkan bakal bersara pada Jun ini sewaktu penghujung musim Professional Squash Association (PSA).

nicol

Advertisement

Dia turut berkongsi berita itu di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana menyokong kerjayanya selama 20 tahun.

“Saya benar-benar gembira dan teruja untuk berkongsi dengan semua orang yang saya bersara pada bulan Jun.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana menyokong saya selama 20 tahun ini dan sudah tiba masanya untuk saya meneroka peluang-peluang yang lain,” ujarnya.

nicol

Pengumuman tersebut dibuat sebelum dia menyertai Kejuaraan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat bermula 23 hingga 2 Mac depan.

Untuk rekod, atlet kelahiran Pulau Pinang itu mengakhiri kerjayanya dengan 81 gelaran PSA daripada 102 perlawanan akhir. Dia memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan bermula 2006 hingga 2015.

nicol

Nicol juga merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield.

Dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983, Nicol merupakan anak kepada pasangan Ann Marie David yang berketurunan Cina dan Desmond David yang berketurunan India.

Sumber Berita: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...